Hazama dah jadi juara AF


Hazama telah muncul sebagai Juara AF terakhir pada persembahan akhir malam takdi.Kejayaan itu membolehkan Hazama membawa pulang wang tunai RM200,000 berserta piala sumbangan Astro, hamper dan wang tunai yang bernilai RM5,000 sumbangan Power Root selain sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM3,299 sumbangan Sony.Wow memang banyak hadiah yang dimenangi beliau.
 
Manakala untuk naik juara pula dimenangi oleh Lena yang menyanyikan lagu Dunia (Bunkface) serta lagu baru, Sisa Kisah Kita, juga ciptaan Kuncidemak.Lena membawa pulang hadiah wang RM50,000, piala, hamper serta wang RM2,000 sumbangan Power Root dan kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499.
 
Sementara tempat ketiga milik Nur Shafinaz Jebat, 18, (Fina) dari Melaka yang membawa pulang wang RM20,000, piala, hamper serta wang RM1,000 sumbangan Power Root dan kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499.
 
Manakala keempat, Mohamad Azri Abdullah, 24, atau Azri menerima wang RM5,000, piala dan kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.Diharap mereka semua akan terus berjaya dan jangan pula jadi chipmore,kejap ada kejap tak ada @ mungkin tak ada terus lepas ini..hehe…Menjadi juara tidak menjanjikan kejayaan untuk berjaya dipentas hiburan.Jadi teruskan berusaha.
 


Related Post

  • Menu baru elak muak SEPERTI biasa, Aidilfitri dirai sebulan lamanya. Tidak mengapa sekira�nya ia menjurus kepada kebaikan dalam menjalin d…
  • Makan ubat punca berat badan naik AMPANG: Pada awalnya, Badri Mat Shah, 40-an, hanya mempunyai bentuk badan besar disebabkan saiz rangka tulang sert…
  • ‘Rasa nak berbogel’  KUALA TERENGGANU: "Saya rasa seperti nak berbogel kerana tidak tahan dengan rasa gatal yang amat sangat di selur…
  • Enak makan kari daging kucing? DAGING kucing memang enak dimakan, malah  lebih lazat  apabila dimasak kari," kata Jimmy , pemuda berasal …
  • Guru jejaki haiwan pelik TEGAP... kerapu gergasi yang ditangkap di Queensland, Australia. ADA yang sebesar kuda, ada yang boleh melum…
0 Komentar untuk "Hazama dah jadi juara AF"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info