REMAJA LELONG DARA DI INTERNET UNTUK BAYAR YURAN PENGAJIAN

 
KERANA kesempitan wang untuk membayar yuran pengajian, seorang mahasiswi sebuah universiti di New Zealand nekad melelong daranya melalui Internet.
Lelongan dara pelajar berumur 19 tahun itu dibuat baru-baru ini menerusi 'tawaran harga tertinggi' di laman web ineed.co.nz yang berpusat di Hamilton, berhampiran Universiti Waikato, 393 kilometer dari sini.
Di bawah tajuk Hubungan Untuk Dijual, pelajar itu yang menggunakan nama samaran Unigirl memberitahu, dia berperwatakan menarik dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membayar yuran universiti.
"Saya tidak pernah melakukan hubungan seks dan masih dara. Keputusan menjual dara ini dibuat dengan penuh kesedaran dan saya sanggup menanggung segala risikonya," tambahnya.
Pemilik laman web berkenaan, Ross McKenzie memberitahu sebuah akhbar tempatan bahawa iklan itu tidak menyalahi undang-undang atau menyinggung masyarakat. – AFP



Related Post

  • Tiga tahun belum hamilSAYA sudah berkahwin selama tiga tahun tetapi masih tidak mempunyai anak disebabkan masalah hormon lelaki melebihi hormo…
  • Disepit dua bas NAHAS...anggota polis trafik menyiasat kemalangan yang meragut nyawa pasangan suami isteri, semalam. Gambar kecil,…
  • Noryn akui jadi isteri Raja BahrinKUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Noryn Aziz akhirnya secara terbuka mengakui bahawa sudah lebih dua tahun bergelar ister…
  • Ujian Ramadan  BAGI pelari maraton Jordan, Methkal Abu Drais, masanya mungkin tidak kena. Dia bukan saja bersedia untuk perlumb…
  • Bantah tazkirah politik di masjid  SHAH ALAM – Kira-kira 50 orang berhimpun di pekarangan bangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini bagi…
0 Komentar untuk "REMAJA LELONG DARA DI INTERNET UNTUK BAYAR YURAN PENGAJIAN"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info