MILF enggan sahut seruan Al-Qaeda serang AS

MANILA 17 Sept. - Kumpulan pemberontak Islam di Filipina semalam menolak seruan militan Al-Qaeda untuk menyerang kepentingan Amerika Syarikat (AS) ekoran kontroversi filem anti Islam yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
 
Ketua pegawai politik kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Ghazali Jaafar berkata, kira-kira 12,000 anggota MILF telah diarahkan menghormati perjanjian gencatan senjata dengan kerajaan Filipina dan tidak akan menyerang kepentingan AS di Negara ini.
"Kami tidak mahu hidup dalam dunia kegelapan kerana ada peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi," katanya. - AFP


0 Komentar untuk "MILF enggan sahut seruan Al-Qaeda serang AS"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info