Nasharudin sokong Nik Aziz

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menyokong pendirian Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak boleh dilengah-lengahkan kerana ia merupakan sebahagian daripada undang-undang syariah yang wajib ditunaikan.
 
Ketika bercakap dengan Utusan Malaysia hari ini, Nasharudin turut menegaskan kenyataan Menteri Besar Kelantan itu juga merupakan pendiriannya selama ini memandangkan pelaksanaan hukum hudud adalah salah satu asas perjuangan Pas sejak dahulu lagi.
Katanya, seperti mana kenyataan Nik Abdul Aziz sememangnya pelaksanaan sesuatu hukum atau undang-undang termasuk hukum hudud tidak tertakluk kepada pemahaman serta persetujuan rakyat terlebih dahulu.


0 Komentar untuk "Nasharudin sokong Nik Aziz"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info