Penduduk Palestin cipta kereta elektrik

GAZA CITY 15 Sept. - Gara-gara rakyat Palestin kini menghadapi krisis minyak paling teruk, seorang pemandu teksi di sini mendapat idea untuk mencipta sebuah kereta elektrik.
Munther al-Qassas, 32, berjaya mencipta sebuah kenderaan elektrik dan merancang menggunakannya untuk membawa penumpang di Gaza.
''Kereta yang tidak mempunyai pintu itu mampu membawa dua penumpang di bahagian belakang dan dibina daripada bahan-bahan yang boleh dikitar semula,'' katanya kepada AFP.
Munther berkata, dia mendapat idea itu selepas melihat kesukaran yang dihadapi penduduk Palestin untuk mendapatkan bekalan minyak atau terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk membelinya di pasaran gelap.
Munther mengambil masa beberapa bulan untuk membina kereta tersebut di bengkel yang terletak di atas bumbung rumahnya.
Rangka kereta tersebut diperbuat daripada kayu dan mampu mencapai kelajuan 20 kilometer sejam. - AFP
 
 


0 Komentar untuk "Penduduk Palestin cipta kereta elektrik"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info