KPT kaji keperluan garis panduan BB1M

KUALA TERENGGANU: Kementerian Pengajian Tinggi akan mengkaji keperluan menyediakan garis panduan bagi mengelak pelajar dan pihak yang berkenaan menyalah guna Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 yang dijangka diagih awal tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai penyalahgunaan baucar itu sebelum ini namun jumlah kes adalah kecil.
"Keseluruhannya pelajar kita sudah menggunakan BB1M secara bertanggungjawab. Kementerian mendapat kerjasama baik daripada universiti dan pelajar untuk bertindak ke atas golongan tertentu yang ingin mengambil kesempatan atas bantuan ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai cadangan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) supaya kerajaan mewujudkan satu garis panduan mengenai penggunaan BB1M untuk mengelakkannya disalah guna.

Pada 1 Oktober lalu, Setiausaha Gagasan, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, garis panduan itu penting bagi memastikan pelajar institusi pengajian tinggi memanfaatkan baucar tersebut dengan membeli buku ilmiah bagi keperluan mereka


0 Komentar untuk "KPT kaji keperluan garis panduan BB1M "

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info