Lelaki mati selepas peraduan makan serangga di AS

MIAMI: Pemenang pertandingan makan serangga di South Florida mati sebaik selepas menelan berdozen serangga hidup termasuk cacing, kata pihak berkuasa hari ini.

Kira-kira 30 peserta perlu makan serangga pada pertandingan Jumaat lalu di Ben Siegel Reptile Store, Deerfield Beach kira-kira 64 kilometer utara Miami.
Hadiah utama ialah ular.

Edward Archbold, 32, dikatakan tidak sihat selepas pertandingan itu tamat dan pengsan di hadapan kedai berkenaan.

Dia dibawa ke hospital dan kemudiannya disahkan meninggal dunia dan pihak berkuasa sedang menunggu hasil bedah siasat bagi menentukan punca kematian. - AP


0 Komentar untuk "Lelaki mati selepas peraduan makan serangga di AS"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info