Mantap Skim Rumah Pertamaku

INSTITUSI kewangan dan perbankan di Malaysia perlu memainkan peranan lebih besar untuk menyokong penambahbaikan dilaksanakan kerajaan bagi memantapkan Skim Rumah Pertamaku.
 
Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB), Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata, ini kerana institusi kewangan dan perbankan adalah pemain utama yang boleh menjayakan skim itu sepenuhnya dan sepatutnya Skim Rumah Pertamaku menjadi pilihan utama mereka dalam menawarkan pinjaman perumahan kepada rakyat.
"Mungkin sebelum ini pihak bank berpandangan soal nilai kredit atau kemampuan peminjam untuk membayar balik terutama dalam peraturan sekarang yang menetapkan pinjaman perumahan berdasarkan pendapatan bersih, maka ia boleh dijadikan sebab utama mengapa Skim Rumah Pertamaku patut dijadikan satu penawaran utama institusi kewangan kepada pemohon atau pembeli rumah buat pertama kali," katanya di Ipoh, Perak, semalam.
 
Dalam pembentangan Bajet 2013 yang mengumumkan pendapatan minimum bagi pembeli hartanah individu di bawah skim itu dinaikkan kepada RM5,000 daripada RM3,000 dan pendapatan bersama suami isteri ditingkatkan kepada RM10, 000 daripada RM7,000 manakala nilai maksimum hartanah juga dinaikkan kepada RM400,000.


0 Komentar untuk "Mantap Skim Rumah Pertamaku"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info