Tunang penipu kena 4 sebatan

ALOR GAJAH: Gara-gara memperdaya bekas tunangnya dengan melarikan kereta dan barangan bernilai lebih RM60,000, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Hukuman itu diputuskan Majistret Mohd Firdaus Salleh selepas Ramli Kamarudin, 30, mengaku bersalah atas empat pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh dari Bachang didakwa menipu Rasyidah Muhamad Noor, 27, dengan mengambil kereta Proton Persona mangsa yang bernilai RM53,000 di Batu 16, Solok Duku, Masjid Tanah, kira-kira jam 2 petang, 26 April lalu. Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Ramli didakwa turut melakukan perbuatan sama masing-masing dengan mengambil satu gelang tangan emas bernilai RM5,000 dan sebuah komputer riba jenis Acer bernilai RM1,600 di lokasi sama, sekitar Januari lalu. Mengikut pertuduhan terakhir, tertuduh sekali lagi menipu wanita itu dengan mengambil sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Tab bernilai RM800 di lokasi sama, Disember tahun lalu. Berikutan itu, bagi semua pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, mangsa meminjamkan kereta Persona berkenaan kepada Ramli yang ketika itu tunangnya, 26 April lalu. Tertuduh yang berjanji untuk memulangkannya semula pada keesokan hari bagaimanapun tidak berbuat demikian dan gagal dihubungi selain turut mengambil sebuah telefon bimbit dan komputer riba mangsa. Menyedari diri terpedaya, wanita itu tampil membuat laporan polis dan tertuduh berjaya ditahan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, 21 September lalu.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Meran anak Emai manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ramli memohon hukuman diringankan dengan alasan dia masih mempunyai kedua ibu bapa yang sudah


0 Komentar untuk "Tunang penipu kena 4 sebatan"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info