Laman web Iswami digodam

KUALA LUMPUR - Laman web Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) dikesan telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak tiga hari lalu.
Laman web berkenaan, http://iswami.org.my didapati tidak lagi berfungsi seperti biasa malah nama penggodam, TeguhMicro dapat dibaca dengan jelas di halaman utamanya.
Penggodam tersebut dipercayai merupakan peminat tegar pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia memandangkan terdapat cabaran yang berbunyi Dan besok Garuda akan menginjak Harimau Malaya dalam laman web itu.
Selain itu, turut dipaparkan adalah gambar Jalur Gemilang diiringi kata-kata provokasi terhadap rakyat negara ini seperti penggunaan perkataan Malingsia yang merupakan gabungan maling ataupun curi dan Malaysia.
Antara yang turut dipaparkan kata-kata semangat berbaur h
asutan bagi mengajak rakyat negara jiran itu menghancurkan Malaysia.
Berikut adalah petikan hasutan yang dipaparkan tersebut:
Ketika harga diri telah terinjak
Dan penghormatan ibu pertiwi telah terkoyak
Dan seni budaya kian tenggelam
 
Akankah kita tetap terdiam?
Buka mata buka telinga
Singsingkan lengan kepalkan tangan
Bangunlah para pemuda bangsa
Mari melawan mari hancurkan!
Malaysia kelmarin mengesahkan kemaraan ke saingan separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012 setelah mengalahkan Indonesia 2-0 pada aksi terakhir kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini.
 
Kemenangan tersebut melayakkan Harimau Malaya ke pentas separuh akhir yang bakal menyaksikan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal akan menentang juara kumpulan A, Thailand pada 9 Disember ini.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi memberitahu, terdapat beberapa laman web tempatan telah dihentikan operasinya oleh pengendali masing-masing.
Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada laman-laman web berkenaan telah digodam ekoran kekalahan pasukan Indonesia itu.
"Kami masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar laman web tersebut dihentikan operasinya," ujar beliau.


0 Komentar untuk "Laman web Iswami digodam"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info