Naik teksi guna iPhone, Android

Penumpang di Lembah Klang kini boleh membuat tempahan teksi secara dalam talian melalui iPhone dan telefon mudah alih pintar Android.
Sistem tempahan teksi dalam talian dan sistem kedudukan global (GPS) itu dikendalikan syarikat Sunlight Unicablink.


Sistem itu akan membolehkan syarikat teksi menyediakan perkhidmatan lebih selesa, cepat dan cekap.

Teksi yang dilengkapi dengan GPS membolehkan ia mengesan penumpang dan menjadikan pemanduan lebih mudah. Sunlight Unicablink ketika ini mempunyai sekitar 3,000 teksi dan 1,000 sudah dipasang sistem ini.

Pengarah Eksekutif Sunlight Unicablink, Choi Wei Yee, berkata 1,000 lagi teksi akan menggunakannya menjelang akhir tahun ini. Pemandu teksi membayar RM180 sebulan untuk sistem ini.

Penggunaan sistem ini dapat membantu meningkatkan pendapatan pemandu teksi sebanyak 50 peratus kerana mereka tidak lagi perlu memandu untuk mencari penumpang atau bersaing dengan pemandu teksi lain.
INFO: Unicablink
− Dikendalikan syarikat Sunlight Unicablink.
− Penggunaan sistem ini dapat membantu meningkatkan pendapatan pemandu teksi sebanyak 50 peratus.


0 Komentar untuk "Naik teksi guna iPhone, Android"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info