Lagu Negaraku pula mangsa penghinaan

Kuala Lumpur: Bukit Aman mengesan tindakan melampau pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Mohd Farizal dipercayai menyiarkan kata-kata penghinaan terhadap lagu kebangsaan negara, Negaraku.
Mohd Farizal dipercayai graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyiarkan lirik lagu kebangsaan yang diubah suai menggunakan perkataan lucah, menghina dan berbaur hasutan terhadap Raja dan keadaan negara ini.

Mohd Farizal dipercayai graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyiarkan lirik lagu kebangsaan yang diubah suai menggunakan perkataan lucah, menghina dan berbaur hasutan terhadap Raja dan keadaan negara ini.

Kesan identiti sebenar

BH difahamkan, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk mengesan identiti sebenar pemilik akaun terbabit.

Tulisan Mohd Farizal itu disiarkan semalam mendapat maklum balas negatif dan dikecam pengunjung laman berkenaan.

Akhbar pada Ahad lalu melaporkan, seorang pemegang akaun Facebook, menggunakan nama 'Programmer Calvin Gani' yang membuat penghinaan melampau terhadap Nabi Muhammad SAW.
Kelmarin, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengenal pasti dan menyerahkan siasatan terhadap dua individu yang menghina Nabi Muhammad SAW melalui Facebook.

Cetus kemarahan

Dua akaun Facebook yang menggunakan nama Calvin Gani dan Rakyat Anarki mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina Nabi.

Minggu lalu, seorang wanita pemilik akaun Facebook berusia 32 tahun ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan selepas didapati menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 1 Jun lalu.


0 Komentar untuk "Lagu Negaraku pula mangsa penghinaan"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info