Pembuluh darah tiruan pertama

Durham: Seorang pesakit buah pinggang, Lawrence Breakly, 62, menjadi orang pertama menerima pembuluh darah tiruan untuk proses dialisis dalam satu prosedur perubatan selama dua jam di Hospital Universiti Duke, North Carolina minggu lalu.

Pasukan pengkaji dari Universiti Duke menghasilkan pembuluh darah tiruan itu dengan menggunakan sel darah manusia yang 'dihidupkan' di dalam peranti berbentuk tabung di makmal.
Berfungsi dengan baik


Pakar bedah yang terbabit dalam prosedur itu, Dr Jeffret H Lawson, berkata ujian klinikal mendapati pembuluh darah tiruan itu berfungsi lebih baik berbanding pembuluh darah sintetik atau pembuluh darah daripada haiwan.

"Sebelum ini doktor menggunakan pembuluh darah sintetik untuk prosedur hemodialisis, tetapi ia kerap menyebabkan darah bergumpal.

"Ada doktor yang menggunakan alternatif lain dengan membuat pembuluh darah daripada tubuh pesakit, namun ia menyebabkan risiko kesihatan kepada pesakit," katanya.

Dr Lawson berkata, pembuluh darah yang dihasilkan Universiti Duke itu berfungsi tanpa masalah.
"Kami masih melakukan beberapa ujian lanjut dan jika lulus, pembuluh darah tiruan ini akan menjadi kaedah paling berkesan kepada jutaan pesakit buah pinggang yang terpaksa melakukan proses hemodialisis secara rutin.


0 Komentar untuk "Pembuluh darah tiruan pertama"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info