Telan ikan hidup untuk sembuhkan asma

HYDERABAD - Beribu-ribu pesakit asma dari seluruh negeri Andhra Pradesh dan beberapa negeri lain di India beratur untuk mendapatkan rawatan ikan hidup, lapor laman berita ZeeNews.
Mereka percaya rawatan kontroversi itu melibatkan pesakit menelan sejenis ikan sardin hidup itu dapat menyembuhkan penyakit tersebut.
Rawatan ikan itu dikendalikan oleh Keluarga Goud Bathini di 32 kaunter di Dataran Pameran di sini.
Mereka mula mengagihkan ikan sardin hidup itu selepas satu upacara pada waktu tengah hari kelmarin dan berterusan sehingga tengah hari semalam.
Ubat tersebut merangkumi pes herba berwarna kuning yang ditelan bersama seekor ikan hidup.
Keluarga Goud memberitahu, ubat itu hanya berkesan jika ditelan bersama ikan hidup untuk menyembuhkan asma jika dilakukan selama tiga tahun.
Walaupun dianggap kontroversi, rawatan tersebut menarik kehadiran beribu-ribu sakit.
"Saya datang ke sini untuk kali kedua. Penyakit asma saya berkurangan selepas mengambil ubat tersebut. Saya berharap saya akan sembuh," kata seorang pesakit dari bandar Kurnool, Ramakrishna Reddy.
Menurut beberapa pegawai Jabatan Perikanan, mereka membekalkan sejumlah 50,000 ekor ikan untuk acara rawatan tahunan itu.
Keluarga Goud mendakwa formula rahsia untuk ubat herba itu diberikan kepada moyang mereka oleh seorang keramat selepas moyang mereka bersumpah untuk mengagihkannya secara percuma. -


2 Komentar untuk "Telan ikan hidup untuk sembuhkan asma"

I must thank you for the efforts you've put in writing this blog. I am hoping to check out the same high-grade blog posts by you in the future as well. In fact, your creative writing abilities has encouraged me to get my very own blog now ;)

make money online

Aw, this was a really nice post. Spending some time and actual
effort to produce a superb article… but what can I say… I procrastinate a lot and never seem to get anything done.



instant payday loan

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info