7 Tips Mudah Mengenali Blogger Yang Aktif

Menjadi seorang blogger yang aktif merupakan satu kelebihan.Antaranya dia dan blog dikenali ramai.Sudah pasti juga ramai penggunjung dan dan rakan blogger yang sudi bertandang.

Mari kita baca 7 tips mudah untuk mengenali mereka yang cukup hebat dalam dunia blogging.Mana tahu kita menjadi sebahagian daripada mereka selepas ini.

1.Kemaskini blog  setiap hari
Saya akui sukar juga nak kemaskini blog setiap hari jika ada kekangan masa dan kekeringan idea.Namun bagi blogger yang aktif mereka dapat menghasilkan entri yang menarik 2 kali sehari.Idea mereka bagaikan air di sungai.Tak putus-putus.

2.Juara komentar blog
Lihat kepada ruangan Top Komentar dalam blog-blog yang popular.Nama mereka terpampang megah.Mereka boleh berkunjung ke blog dan memberi komen begitu banyak sekali.Boleh dikatakan mereka tidak ketinggalan walaupun sehari.Sampaikan saya terfikir mereka tak de kerja lain ke?

3.Jumlah komen yang banyak
Dalam ruangan komen blog mereka terdapat beratus-ratus reaksi para pembaca.Ini tidak termasuk komen sendiri.Semakin banyak komen maka semakin aktif blogger tersebut.Dia telah buat blogwalking dan ping entri bersungguh-sungguh.

4.Kadar trafik yang konsisten tinggi
Blogger yang aktif mahir bermain SEO dan keyword maka blognya dikunjungi ribuan trafik setiap hari.Penanda aras ini adalah terbaik setakat ini.Blog yang ada pengunjung yang ramai mempunyai jenama yang hebat.Para pengiklan tersangat suka termasuk si pemiliknya.

5.Ranking Alexa yang rendah
Dalam sistem penentuan ranking Alexa, nombor yang rendah adalah bagus.Semakin rendah semakin bagus.Para pengiklan juga mengintai angka ini.Jadi tak hairan blogger aktif mensasarkan ranking alexa blog mereka serendah yang mungkin.

6.Page Rank yang tinggi
Page Rank juga amat memainkan peranan penting dalam menentu keaktifan blogger.Syarat untuk mendapat page rank yang tinggi bukan mudah.Page rank adalah pengiktiran pihak google kepada blogger yang aktif.Jelasnya semakin tinggi page rank maka semakin baguslah jawabnya.

7.Boleh menjana pendapatan
Sejujurnya semua blogger ingin dapat duit dari blog.Alasannya kita menghasilkan blog terutama yang berdomain dan hosting sendiri perlukan duit.Ia satu pelaburan.Maka dari pelaburan ini diharap boleh menghasilkan pendapatan.Tidak hairan blogger yang aktif boleh dapat duit.Blog adalah sejenis bisnes yang tidak langsung.

Catatan kaki:
Semua perkara yang dibincangkan di atas berkait antara satu sama lain.Masing-masing saling mempengaruhi.Sebagai blogger dan pembaca memang mudah nak cari blogger yang aktif.Mereka ada di mana-mana dalam dunia maya.

aktif
Sumber grafik : google


0 Komentar untuk "7 Tips Mudah Mengenali Blogger Yang Aktif"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info