Salah Faham Tentang Diet Soda

Minuman soda dikatakan menjadi kegemaran hampir setiap orang di dunia ini. Ia dilihat seakan menjadi sebahagian daripada gaya hidup yang semakin pantas hingga ada terlupa untuk menitik berat, berapakah had selamat yang sepatutnya diambil. Justeru, tidak hairan pelbagai jenis minuman soda dihasilkan di pasaran, termasuk yang tidak mengandungi gula atau disebut diet soda. Sehingga timbul pandangan umum masyarakat, bahawa diet soda sesuai untuk amalan diet dan pengganti kepada minuman soda kerana tiada gula serta menjadikannya bebas kalori.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kajian seperti Sekolah Perubatan Miller, Universiti Miami, menemui golongan dewasa yang minum diet soda setiap hari berhadapan risiko sebanyak 44 peratus lebih tinggi untuk menghidap sakit jantung, berbanding 22 peratus bagi yang tidak atau jarang mengambilnya.


Sementara itu, kajian daripada Universiti Texas, San Antonio pula menemui diet soda atau biasa jika diambil dua kali sehari mampu mengembangkan ukuran pinggang sebanyak enam kali ganda.

Bebas kalori

Pegawai Dietetik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Rafidah Othman, berkata tiada masalah jika seseorang yang hendak berdiet itu mengambil minuman diet soda jika tujuan pengambilannya adalah untuk mengurangkan jumlah pengambilan kalori dalam sehari.

Ini kerana kandungan gula dan kalorinya adalah sifar, tidak seperti minuman soda biasa. Minuman diet soda hanya menggunakan pemanis tiruan maka ia bebas kalori.
"Apa yang membimbangkan ialah mentaliti golongan berdiet yang mengambil minuman ini harus diubah. Kebanyakan mereka menganggap ia tidak mendatangkan masalah sekiranya di ambil berlebihan atau dijadikan amalan harian, malah berpendapat membantu dari segi diet mereka.

"Tetapi, ramai yang kurang mengetahui, sebenarnya Pengurusan Makanan dan Dadah (FDA) serta Persatuan Dietetik Amerika (ADA) sudah menetapkan berapakah had selamat untuk mengambil pemanis tiruan oleh seseorang dalam sehari," katanya ketika ditemui di PPUM, baru-baru ini.

Katanya, cara mudah untuk seseorang itu mengetahui berapakah had selamat yang boleh diambil sehari tanpa menjejaskan kesihatan ialah dengan melakukan pengiraan berat badan dan jumlah yang ditetapkan mengikut jenis pemanis tiruan yang digunakan di dalam diet soda itu.

"Empat jenis pemanis tiruan diklasifikasi popular digunakan dan jika berlebihan boleh mendatangkan mudarat ialah 'aspatame'; 'saccharin'; 'sucralose' dan 'acesulfame K'. Ia dihasilkan bukan secara semula jadi, justeru mereka perlu tahu batasan yang boleh diambil supaya tidak memudaratkan kesihatan," katanya.
Jadi saranan aku supaya ambil sesuatu jenis makanan atau minuman secara sederhana.
*Info kesihatan daripada Berita Harian.


0 Komentar untuk "Salah Faham Tentang Diet Soda"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info