Banyaknya duit Jennifer Lopez !

Hoho.. korang tengok luar negara punya penangan, rm57.5 juta tuh jadi juri. Mungkin income sms American Idol nih banyak sebab tu bolhe bagi banyak camtuh. Sebagai motivasi hari ni, kita kena popularkan nama kita, then selepas tuh baru duit akan masyuk. Brading penting dan kena sangup keluarkan duit untuk branding jenama kita sendiri. Kalau ada blog, kena promosikan berterusan blog kita, gunakan pelbagai kaedah dan juga melalui facebook. Baca kisah lanjut mengenai JLo ni kat bawah yang aku petik daripada kosmo hari nih.

Jennifer Lopez dibayar RM57.5 juta jadi juri American Idol

Penyanyi lagu Jenny From The Block, Jennifer Lopez dibayar sebanyak AS$17.5 juta, (RM57.5 juta) sebagai juri American Idol musim akan datang, kata satu sumber dalaman kepada akhbar Daily Mail semalam. Jumlah tersebut didakwa telah ditetapkan oleh penerbit selepas berunding beberapa kali dengan penyanyi dan pelakon berusia 44 tahun itu.
"Akhirnya jumlah bayaran telah diputuskan. Lopez akan dibayar sebanyak AS$17.5 juta (RM57.5 juta) dan kembali menjadi juri American Idol pada musim akan datang."Ia adalah jumlah yang besar. Dia (Lopez) pasti teruja dengan bayaran tersebut," katanya.Jumlah itu lebih banyak berbanding bayaran AS$15 (RM49 juta) yang diterima oleh penyanyi terkenal, Britney Spears sebagai juri dalam rancangan realiti X Factor.
Amaun itu juga dikatakan melonjak tinggi daripada bayaran yang diterima Lopez pada 2011, iaitu sebanyak AS$12 juta (RM39 juta), sebelum dinaikkan sekali lagi kepada AS$3 (RM9.8 juta ) untuk musim seterusnya.
Terdahulu, Lopez dilaporkan meminta pihak penerbit American Idol supaya menaikkan bayarannya sebanyak AS$2 juta (RM6.5 juta) untuk musim ketiga penglibatannya dalam program tersebut.
*Jika korang aktif cari duit melalui affiliatte, ada panduan menarik mengenai affilaitte.
 


0 Komentar untuk "Banyaknya duit Jennifer Lopez !"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info