e-Bayaran LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melancarkan Promosi Perkhidmatan Bayaran Secara Elektronik (e-Bayaran) dalam usaha menggalakkan lagi pembayaran cukai.

Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar, berkata pembayar cukai dan majikan boleh menggunakan perkhidmatan berkenaan untuk membayar cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah dan potongan cukai berjadual (PCB).
Katanya, perkhidmatan e-Bayaran itu boleh dibuat menerusi portal rasmi LHDNM dan pihaknya turut melantik 14 ejen kutipan yang terdiri daripada bank dan POS Malaysia untuk melaksanakan transaksi melalui internet dan perbankan elektronik.


Bayar di ATM

"Selain itu, pembayaran juga boleh dibuat di mesin juruwang automatik (ATM), mesin deposit tunai serta perbankan telefon," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran perkhidmatan berkenaan, di Kuala Lumpur, semalam.

Antara ejen bank yang terbabit termasuklah Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank, Public Bank Bhd, RHB Bank serta Hong Leong Bank Bhd.

Mohd Shukor berkata, LHDNM sentiasa melaksanakan pelbagai strategi bagi mempromosikan pembayaran melalui elektronik dan mengambil pendekatan terkini dalam memberi kemudahan kepada pembayar cukai.
"Antara program yang dijalankan, termasuklah mengadakan taklimat serta bengkel secara berterusan kepada pembayar cukai dan majikan.

"Selain itu, kami juga menyediakan pautan bagi semua aplikasi dalam talian LHDNM seperti e-Filing dan e-PCB selain meningkatkan promosi melalui media cetak," katanya.

Menurutnya, LHDNM turut melihat momentum penggunaan kaedah pembayaran elektronik yang meningkat setiap tahun.

Mudah, jimat masa

"Sebagai contoh, kutipan cukai melalui pembayaran elektronik pada 2012 meningkat sebanyak 20.06 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Peningkatan yang begitu ketara ini membuktikan pembayar cukai menyedari bahawa perkhidmatan pembayaran secara elektronik amat mudah, senang dan menjimatkan masa," katanya.


0 Komentar untuk "e-Bayaran LHDN "

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info