FAM tawar gaji RM59,000

Panas lagi isu bolasepak negara apabila di katakan FAM sanggup bayar gaji RM59k kepada jurulatih luar untuk bimbing skud kebangsaan tahun depan. Banyak gak tuh, tapi kalau boleh membangunkan bolasepak negara, takde salahnya. Risiko tinggi pulangan tinggi. Tapi biarlah berbaloi, jangan bayar mahal-mahal, tapi kemenangan tak seberapa. Apa pun aku sokong usaha baru nih, baru ada pembaharuan skit dalam bolasepak Malaysia.

Philippe Troussier (kredit BH)


Petaling Jaya: Benarkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sanggup menawarkan gaji AS$18,000 (RM59,000) sebulan kepada jurulatih dari Perancis, Philippe Troussier untuk membimbing skuad kebangsaan menggantikan Datuk K Rajagobal, tahun depan? Spekulasi itu kini bertiup kencang dan FAM dikatakan bersedia berbuat demikian kerana percaya Troussier, 58, yang pernah mengendalikan skuad kebangsaan Jepun ketika negara itu menjadi tuan rumah bersama Korea Selatan pada Piala Dunia 2002, mengembalikan semula maruah Harimau Malaya.
Apa pun hasrat FAM itu mungkin tidak kesampaian kerana Troussier dikatakan hanya mahu berkhidmat dengan skuad kebangsaan yang kini menduduki ranking ke-162 dunia jika ditawarkan pendapatan AS$126,805 (RM416,000) sebulan atau AS$1.52 juta (RM5 juta) setahun.
Selain membimbing Jepun dari 1998 hingga 2002, Troussier pernah menjadi jurulatih Nigeria (1997), Burkina Faso (1997-1998), Afrika Selatan (1998), Qatar (2003-2004) dan Maghribi (2005).

Jawatan terakhirnya ialah sebagai jurulatih kelab China, Shenzen Ruby sejak 2011.

Sikap kunci mulut

Namun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika ditemui mengambil sikap mengunci mulut dan hanya menjawab ringkas: "Saya tidak tahu mengenai perkara ini dan enggan mengulas lanjut."Bagaimanapun, Hamidin memberi gambaran awal bahawa tidak semestinya jurulatih baru skuad kebangsaan dilantik tepat pada tarikh 1 Januari 2014 selepas kontrak Rajagobal tamat pada 31 Disember ini kerana badan induk itu ada beberapa strategi dan opsyen dalam pemilihan jurulatih menggantikan Rajagobal.

"Ramai jurulatih sama ada asing atau tempatan mengemukakan permohonan selepas mengetahui kontrak Rajagobal tidak dilanjutkan. "Apa pun kami di FAM ada beberapa opsyen iaitu sama ada menamakan seorang jurulatih untuk memangku seketika jawatan itu atau terus menggunakan khidmat Rajagobal sehingga perlawanan terakhir Piala Asia bertemu Yaman pada 5 Mac tahun depan atau melantik jurulatih baru," katanya semalam.

Setakat semalam, seramai 37 jurulatih asing atau tempatan menghantar permohonan kepada FAM dan ketika ditanya siapakah antara mereka yang boleh dianggap jurulatih ternama, Hamidin berkata: "Biarlah rahsia... tetapi senarai itu akan terus bertambah dari sehari ke sehari."


0 Komentar untuk "FAM tawar gaji RM59,000"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info