Jurulataih Sarawak salahkan rumput

Oh mak ai.. takkan sebab rumput plak nih. Jurulatih Sarawak Alberts menyalahkan rumput tebal sebagai sebab anak buahnya tak dapat beraksi dgn cemerlang menentang Sime Darby di suku akhir Piala Malaysia. Emmm.. pelik betul aku dengar alasan macm nih, nak gelak pun ada nih. Kira alasan ni unik gak ler. Di harap Rajagopal dan Ong Kim Swee jangan buat alasan macam nih tau. Jom layan citer pasal Piala Malaysia nih dan juga cerita bolasepak yang lain.
Rumput tebal di Stadium Selayang dijadikan alasan oleh jurulatih Sarawak, Robert Alberts sebagai punca anak buahnya gagal beraksi lebih baik apabila sekadar seri 0-0 dengan Sime Darby pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, malam kelmarin. Menurut jurulatih itu, rumput yang terlalu tebal membuatkan pemainnya menghadapi kesukaran dalam melakukan pergerakan kerana bola menjadi sedikit perlahan.
"Mengikut peraturan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), rumput sepatutnya tinggi 2.7 sentimeter tetapi di sini rumputnya setinggi 5 sentimeter. Sudah tentu pergerakan bola dan pemain menjadi perlahan sekali gus susah untuk mereka memperagakan permainan menarik.

"Semua bercakap tentang kita kena mengikut peraturan FIFA. Jadi saya harap semua faham yang paling utama untuk sesuatu perlawanan ialah keadaan padang, bukannya lampu limpah atau perkara lain. Di padang seperti ini, susah nak pamer permainan baik," kata Alberts ketika ditemui selepas perlawanan, malam kelmarin.



Bukan padang kami


Alberts bagaimanapun percaya keputusan seri 0-0 itu tetap keputusan baik biarpun mereka gagal mencuri gol di tempat lawan kerana yakin barisan kendaliannya mampu tampil lebih garang pada aksi kedua di Kuching, Sabtu ini.

Sementara itu, jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria tidak menganggap rumput tebal itu sebagai masalah utama dan punca kedua-dua pasukan gagal mempamerkan aksi lebih baik.
"Pada saya, padang di sini adalah yang terbaik di Lembah Klang. Memang saya sudah beritahu supaya rumput dinipiskan sedikit tetapi malangnya ini bukan padang Sime Darby, ini padang Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

"Memang kelajuan bola terganggu dan keberatan itu membuatkan pergerakan pemain jadi sedikit perlahan. Tapi ia tak wajar dijadikan alasan kerana kedua-dua pasukan beraksi di atas padang dan rumput yang sama," kata Ismail.


0 Komentar untuk "Jurulataih Sarawak salahkan rumput"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info