Nissan Grand Livina baru dilancar

Aku suka gak update pasal kereta ni, kereta-kereta baru yan keluar, best gak usha-usha sekali sekala kan. Sebelum ni aku ada post gambar proton suprima s, dan kali nih aku nak update plak pasal Nissan Grand Livina baru yang berharga paling rendah rm86 880 dan ada pakej ansuran bulanan serendah rm599. Tapi kena check gak loan berapa tahun dan rate berapa nih ya, jangan main hentam je tgk bulanan rendah macam nih.


50 penambahbaikan

Daripada sudut luaran, model dipertingkat ini tampil dengan reka bentuk bahagian hadapan dan belakang lebih segar, disempurnakan dengan rim aloi reka bentuk jejari-V, acuan pintu dan cermin sisi bersama lampu isyarat membelok LED bersepadu baru. Kombinasi jeriji depan krom bersama panel mendatar, garis bamper hadapan agresif dan lampu utama lebih ekspresif mencipta tanggapan bahawa ia adalah MPV dinamik yang elegan.

Pada bahagian belakang, lampu diletakkan secara mendatar, sekali gus menyerlahkan pemantul belakang yang membuatkan model itu kelihatan lebih lebar dan sporty.

Selain itu, sistem Kunci Pintar Nissan (i-Key) membolehkan pemandu dan penumpang masuk tanpa perlu mengguna kunci. Malah, butang penghidup enjin turut ditawarkan.

Imej premium MPV itu diserlahkan lagi menerusi kelompok meter visi baru bersama Paparan Pelbagai-Maklumat (MID) yang melaporkan maklumat penting kenderaan seperti penggunaan bahan api dan jarak yang berbaki.

Guna enjin jimat minyak

Nissan Grand Livina baru menggunakan enjin yang terbukti menjimatkan minyak iaitu HR16DE atau MR18DE. Enjin empat silinder aluminium sepenuhnya itu kompak dan ringan, dilengkapi teknologi kawalan injap pemasaan yang menawarkan prestasi responsif, lebih lancar dan tahap penjimatan bahan api mendahului kelasnya.

Dua beg udara SRS kini menjadi ciri standard, selain Binaan Zon Badan Nissan, Stereng Boleh Lipat, Electronic Brake-force Distribution (EBD), Sistem Bantuan Brek dan Sistem Brek Anti-kekunci (ABS).

MPV itu dalam tiga varian iaitu 1.6L Manual (RM86,880), 1.6L Auto (RMRM89,880) dan 1.8L Auto (RM99,880), dengan lima pilihan warna iaitu Graphite Blue, Diamond Black, Bronze Gold, Brilliant White dan Tungsten Silver.
Itu yang Nissan kata le. Testimonial dari pembeli belum tentu lagi kan.


0 Komentar untuk "Nissan Grand Livina baru dilancar"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info