Toyota Corolla terjual melebihi 40 juta

TOYOTA Motor Corporation (TMC) mengumumkan jualan global terkumpul bagi kereta paling popular di dunia iaitu Toyota Corolla melebihi 40 juta dengan mencecah 40.01 juta unit sehingga Julai 2013.Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dari 1965 hingga 1968, jumlah pengeluaran tahunan Toyota meningkat lebih dua kali ganda daripada 480,000 unit kepada 1.1 juta unit kenderaan.
Kredit: Sinar


"Ianya bukti sumbangan penting Corolla untuk perkembangan syarikat," katanya.

Bermula dengan sebuah kilang pada November 1966 di Takaoka Wilayah Aichi Jepun, TMC kini memiliki 15 kilang mengeluarkan Corolla di seluruh dunia.

Lebih daripada satu juta unit Corolla telah dijual setiap tahun sejak 2002 dan tahun lalu sahaja 3,180 unit Corolla dijual setiap hari merentasi lebih dari 150 negara dan wilayah.

Ketua Jurutera Corolla, Shinichi Yasui berkata, kunci kepada kejayaan Corolla adalah kerana konsep pembangunan semula dari Tatsuo Hasegawa bahawa Corolla mesti bawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada orang di seluruh dunia.


0 Komentar untuk "Toyota Corolla terjual melebihi 40 juta"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info