Lelaki tinggal 10 tahun dalam kereta

Seorang lelaki berusia 83 tahun, Oscar Almaguer tinggal di dalam sebuah kereta Volkswagen Beetle keluaran tahun 1967 di pinggir Monterrey, Mexico,Warga emas itu menjadikan kereta tersebut sebagai rumahnya selepas dia bercerai dengan isterinya 10 tahun lalu.Dia mengubah suai kereta tersebut dengan meletakkan kusyen dari sebuah kereta keluaran Volkswagen yang lain di dalam kenderaannya itu.

Sebahagian barang-barang milik warga emas itu seperti besen dan kasut disimpan di dalam hud kereta tersebut.Dia juga menggunakan penutup plastik berwarna hitam untuk melindungi badan kereta tersebut daripada pancaran cahaya matahari.Oscar tidak menggunakan kunci untuk menghidupkan enjin kereta itu.

Kereta tu masih boleh dipandu walaupun usia dah 46 tahun


Sebaliknya, dia menyambung dua wayar untuk menghidupkan enjin kereta tersebut.Enjin kereta itu adalah dari sebuah model kereta sedan Volkswagen.


Kereta itu juga mempunyai alat selak kunci yang dipasang pada pintu kenderaan tersebut.Walaupun dijadikan tempat tinggal, Oscar turut memandu kereta yang berusia 46 tahun itu. - Kosmo



Related Post

  • Laman web ajar buat senjataBelajar buat senjara secara online je? Wow macam-macam sekarang ni, penjahat pun pandai gak cari info-info macam nih. Te…
  • RM1000 seminggu PASIR MAS - Setiap graduan yang tamat pengajian pasti mengimpikan untuk bekerja dengan sesebuah organisasi dan mendap…
  • Raja Swaziland bakal berkahwin buat kali ke-14 Kahwin kai ke 14 woooo. Kat Malaysia mungkin tak berlaku cam nih, tapi kalau kat luar negara macam-macam ada, kahwin …
  • FAM tawar gaji RM59,000Panas lagi isu bolasepak negara apabila di katakan FAM sanggup bayar gaji RM59k kepada jurulatih luar untuk bimbing skud…
  • Gambar kereta dihias dengan besi Bermacam-macam cara nak promosi secara unik. Berita ni dari kosmo dan berlaku di Kemboja di mana sebuha syarikat guna…
0 Komentar untuk "Lelaki tinggal 10 tahun dalam kereta"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info