Kubu perlindungan nuklear bekas Presiden AS di Florida


Sebuah kubu perlindungan yang dibina semasa Perang Dingin untuk bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy berdekatan Palm Beach kini dijadikan sebagai sebuah muzium.
Kubu itu terletak hanya beberapa minit dari Palm Beach yang menempatkan lokasi kediaman keluarga bekas Presiden AS itu.
Ia dilengkapi dengan ruang dewan utama yang ditempatkan 15 buah set katil dua tingkat, sebuah meja untuk Kennedy dan meja persidangan.
Fasiliti itu merupakan tempat persembunyian yang dikawal ketat selain dilengkapi dengan bekalan makanan tentera, tong air dan kelengkapan alat pengesan radiasi.

Gambar kubu



Selain itu, tempat perlindungan tersebut juga boleh dijadikan rumah kediaman untuk 30 anggota keluarga Kennedy dan kakitangan utama selama sebulan sekiranya serangan nuklear berlaku.
"Mereka telah menguji kubu itu dengan membawanya ke sini.
"Ia terletak sejauh 10 minit perjalanan dari pintu hadapan Palm Beach ke kawasan berkenaan," kata Pengurus Besar Muzium Maritim Palm Beach, Anthony Miller yang bertanggungjawab mengawal selia kawasan berkenaan.
Kennedy menjadi Presiden AS dari 20 Januari 1961 hingga 22 November 22 1963.
Beliau mati ditembak di Dallas oleh Lee Harvey Oswald.



Related Post

  • LAHAD DATU - Mayat panglima pengganasLahad Datu: Polis semalam, mengesahkan lelaki berpakaian jeneral yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu…
  • Piya cepat sesuai diriPetaling Jaya: Walaupun hanya memiliki tiga hari sebelum aksi persahabatan menentang Arab Saudi, Ahad ini, kapten Kelant…
  • Adidas vs NikeFrankfurt: Adidas AG bertekad mengukuhkan kedudukannya yang kini berada di tempat keenam dalam pasaran kasut larian di A…
  • LAHAD DATU - PILIHANRAYA SERENTAK KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi Parlimen Silam yang turu…
  • Minyak baru di jumpaiSatu lagi penemuan minyak dibuat di negara ini apabila Lundin Petroleum AB menerusi syarikat milik penuhnya, Lundin Mala…
0 Komentar untuk "Kubu perlindungan nuklear bekas Presiden AS di Florida"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info