Persaingan aplikasi utusan atau messenger untuk telefon pintar kini kian meningkat. Malah BlackBerry juga melancarkan aplikasi BBM miliknya untuk platform iOS dan Android. Namun dari banyak lambakan aplikasi messenger yang ada di pasaran, ternyata WhatsApp tetap mengungguli persaingan. Kaji selidik yang dijalankan oleh On Device terhadap 3.759 juta pengguna telefon pintar Android dan iOS.
Kaji selidik ini di buat di beberapa kawasan termasuk Amerika, Brazil, Afrika Selatan, China dan yang terakhir adalah Indonesia.
WhatsApp lebih popular dari Facebook Messenger

Kaji selidik ini juga turut membuktikan sikap pengguna telefon pintar telah banyak berubah dari hanya menghantar sistem pesanan ringkas kepada menghantar pesanan melalui aplikasi messenger termasuk WhatsApp.
Namun hasil kajian ini masih tidak berapa lengkap kerana tidak dilakukan di negara lain seperti Eropah dan India yang mempunyai populasi pengguna telefon yang tinggi - BH
0 Komentar untuk "WhatsApp terus unggul"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...