Bas Ekspres Terbabas di Gua Musang

Seramai 29 penumpang bas ekspres terselamat selepas kenderaan itu terbabas ke dalam parit di Kilometer 3.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah, berkata bas ekspres Shamisha Holiday itu remuk sedikit di bahagian depan dan tiada penumpang mengalami kecederaan.

Menurutnya, bas itu dipercayai hilang kawalan sebaik melepasi kawasan selekoh menuruni bukit sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan lalu terhumban ke dalam parit dalam kejadian 3.30 pagi.


alt
"Bagaimanapun, penumpang yang menaiki bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rantau Panjang itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemudian menaiki bas lain daripada syarikat sama untuk meneruskan perjalanan," katanya ketika dihubungi.

"Setakat ini, kita belum menerima sebarang laporan daripada pemandu bas berhubung kejadian itu," katanya



Related Post

  • Tuntutan insurans banjir RM4.72 bilionJakarta: Syarikat dan pengguna mula mengira kerosakan dan kerugian akibat banjir besar di ibu kota Indonesia minggu lalu…
  • Kawah tasik purba di MarikhWashington: Sebuah kapal angkasa milik Amerika Syarikat yang mengorbit planet Marikh menemui bukti kewujudan sebuah kawa…
  • Gempar tong kimia tumpahShah Alam: Pengguna Lebuh Raya KESAS, berhampiran kilang PROTON, Shah Alam, gempar apabila tiga tong berisi bahan kimia …
  • Toyota catat jualan tertinggiUMW Toyota Motor, pengedar eksklusif jenama Toyota dan Lexus di Malaysia mencatat rekod jualan tertinggi tahun lalu. Pre…
  • Laung azan panik lihat pusaran anginMersing: Dalam ketakutan dan panik, saya hanya mampu melaungkan azan sekuat hati, sejurus melihat pusaran angin kencang …
0 Komentar untuk "Bas Ekspres Terbabas di Gua Musang"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info