Gara-Gara Telefon Pintar : Anak Sanggup Bunuh Ibu Sendiri

Pertengkaran seorang ibu dan anak lelakinya yang dikatakan berkaitan pembelian telefon pintar di sini, malam tadi berakhir dengan tragedi apabila wanita itu mati dikelar anak sulungnya itu petang tadi.

Ketua Polis Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata polis menahan remaja berusia 18 tahun itu pada 4.30 petang untuk membantu siasatan selepas menemui mayat wanita berusia 43 tahun itu di dalam keretanya di tempat letak kereta berhampiran sebuah gelanggang tenis di sini pada 3 petang.

Beliau berkata mayat Marife Resuello Wong, seorang warga Filipina, didapati mempunyai kesan kelar di leher.

Polis turut menemui pisau pemotong sayur yang disyaki digunakan untuk membunuh Marife di dalam kereta itu.



"Pisau ini mempunyai kesan darah. Ia dipercayai digunakan oleh suspek untuk membunuh mangsa dan selepas itu, dia melarikan diri dari tempat kejadian," katanya di sini.  
    
Siasatan awal mendapati ketika kejadian, suspek duduk di bahagian belakang kerusi pemandu dan dia bertindak demikian kerana tidak tahan dengan leteran ibunya.

Gan berkata polis akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya esok.    

"Polis menganggap kes bunuh ini selesai...pertengkaran wanita dan anak lelakinya dari malam tadi berpunca daripada masalah keluarga," katanya.

Gan tidak menjelaskan secara terperinci masalah keluarga itu tetapi Bernama difahamkan ia berpunca daripada keengganan ibu suspek membeli telefon pintar untuk anak lelakinya yang tidak bekerja itu.

Mangsa berkahwin dengan seorang lelaki tempatan dan mempunyai  dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.



0 Komentar untuk "Gara-Gara Telefon Pintar : Anak Sanggup Bunuh Ibu Sendiri"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info