"Hubungan Saya Dan Adam Tiada Masalah" - Fiza

 Bekas ahli kumpulan Elite, Fiza yang mendirikan rumah tangga bersama penyanyi 'kelahiran' rancangan realiti Akademi Fantasia, Adam, menafikan kehidupannya kini dikatakan sedang bergoyah.
 
Pemilik nama sebenar  Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim ini berkata, perkara yang direka oleh orang tidak bertanggujawab itu mengecewkan dirinya sedangkan dia dan Adam masih dalam keadaan yang baik.
 
"Kami masih bergelar suami-isteri dan tetap tinggal sebumbung. Bagaimanapun, lumrah dalam rumah tangga, pasti ada pasang dan surutnya. Namun begitu, janganlah membuat sebarang spekulasi bukan-bukan, sebaliknya doakan yang terbaik untuk rumah tangga kami berdua," kata Adam atau nama sebenarnya, Mohd Aizam Mat Saman.
 

alt

Isu pergolakkan rumah tangga pasangan selebriti tersebut tercetus apabila, gambar Adam tidak lagi kelihatan di akaun Instagram milik isterinya. 
 
Menjawab perkara itu, Fiza berkata, ia tidak seharusnya dijadikan isu hanya disebabkan gambar Adam tiada di laman sosialnya. 
 
"Ada beberapa keping gambar kami bersama di Instagram saya, tetapi mungkin orang tidak perasaan. 
 
"Saya letih dengan kerenah masyarakat yang gemar membuat telahan tanpa memikirkan perasaan keluarga kami. Hubungan saya dan Adam tiada masalah. Cuba doakan agar jodoh kami panjang, bukannya memikirkan perkara sebaliknya," tegas Fiza.


Related Post

  • Samun duit ibadat korban RM35,000Tiga lelaki bersenjata menyamun wang kira-kira RM35,000 milik syarikat penceramah bebas, yang dipercayai mahu digunakan …
  • Kuasa empat gergasi!Ramalan pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee pada saingan suku akhir Piala Malaysia terbukti tepat apabila Kelantan d…
  • Kuasa empat gergasi!Ramalan pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee pada saingan suku akhir Piala Malaysia terbukti tepat apabila Kelantan d…
  • 2 biji bom di jumpaiAda bom yang pulak dah di Telok Kemang. Dua butir bom mortar ditemui orang awam yang sedang bersiar-siar di Pantai 3 Tel…
  • Sohosnita - jom berniaga onlinePenggunaan internet memberi banyak kelebihan kepada masyarakat masa kini. Andainya digunakan kemudahan dengan sebaiknya …
0 Komentar untuk ""Hubungan Saya Dan Adam Tiada Masalah" - Fiza"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info