Semakan Keputusan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015

eputusan calon yang berjaya ke Program Matrikulasi KPM sesi 2014/2015 akan diumumkan pada 24 April 2014. Pelajar-pelajar SPM 2013 yang telah mengemukakan permohonan boleh membuat semakan tawaran secara online dan SMS.


Semak tawaran Matrikulasi secara online

Semakan online boleh dibuat melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di halaman aplikasi semakan di pautan berikut:

Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi


Semak tawaran Matrikulasi melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk semakan tawaran Matrikulasi KPM akan diaktifkan bermula 12:01 pagi 24 April dan berakhir pada 11:59 malam 27 Mei 2014.

semakan keputusan matrikulasi 2014 2015

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan Matrikulasi KPM melalui SMS:

  1. Taipkan:

    MOE<jarak>MAT<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: MOE  MAT  930325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2014/2015, mereka dikehendaki membawa bersama surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen maklumat pelajar serta borang perjanjian pelajar (dua salinan).


Rayuan Program Matrikulasi 2014/ 2015

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui laman webhttp://www.moe.gov.my mulai 24 April 2014.

Sila hubungi Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-88844036 / 4040 / 4083 pada hari bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang untuk sebarang pertanyaan.

Semoga berjaya dan good luck!



0 Komentar untuk "Semakan Keputusan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info