Konsert Sulung Shila Amzah 13 September Ini

alt
 
Shila Amzah bakal megadakan konsert sulungnya di Mega Star Arena pada 13 September ini dan memilih tema cinta untuk konsertnya kelak.
 
Namun, menurut Shila, pada 16 Ogos, dia akan menghiburkan peminatnya di Shanghai,China.
 
Shila ketika ditemui pemberita berkata, dia akan lebih teruja jika dapat berduet dengan penyanyi pujaannya, Wang Lee Hom pada konsertnya itu nanti namun tidak meletakkan sebarang harapan.
 
"Kebetulan konsert saya itu nanti bertemakan cinta dan jika dapat berduet dengan Lee Hom sudah tentu salah satu impian saya akan tercapai biarpun akan berasa gementar," katanya.
 
Konsert Cinta Shila Amzah diterbitkan oleh Mega Ultimate Sdn Bhd dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Sdn Bhd.
 
Tiket dijual pada harga RM268, RM138 dan RM88.
 
Shila akan mengumumkan tarikh penjualan tiket dalam sidang media khas yang akan diadakan pada Mei ini.


0 Komentar untuk "Konsert Sulung Shila Amzah 13 September Ini"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info