Buat duit online boleh guna Mercedez Benz ke?

Selamat berpuasa. Korang mesti kenal Ebby Yus kan. Pelawak tak terkalah tuh. Saya suka kalau dia melawak - asli dan spontan. Sempoi dan tak banyak masalah peribadi ( setahu saya le ) dan terbaru usahawan berjaya! Dek kerana bisnes restoran yang di nama Restoran Adam Lai Ebby Yus atau Muhammad Yunus Abdul Rashid telah memiliki kerata mewah kereta edisi sport Mercedez Benz plat ABY444. Rezeki dia kat bisnes rupanya. Tapi beliau masih lagi menjadi artis. Restoran ni menyediakan hidangan Cima Muslim dan terletak di seksyen 15 Shah Alam. Saya tak pernah cuba lagi  nih. Boleh juga cuba berbuka puasa, mana le tahu ada buffet macam Buffet Ramadhan Casa Ombak.


Kisah motivasi Ebby Yus


Apa yang saya boleh ambil pengajaran kat sini ialah berani mengambil risiko dan berusaha. Daripada menjadi artis, Ebby Yus mencuba bidang makanan dan berjaya. Kalau dia masih jadi artis, saya tak pasti samada dia boleh guna kereta tu ke tak.


buat duit facebook



Jadi sebagai blogger, apa yang kita boleh buat? Kita kena usaha juga cam Ebby Yus, mencuba pelbagai bidang untuk buat duit secara online. Tapi rasanya cari duit ikut internet nih takde le sampai sekaya Ebby Yus tuh kecuali bagi yang betul-betul ramai follower dan trafik ke blog.


Saya ada cadangan yang mungkin anda boleh guna untuk mencari duit secara online:


Buat duit dengan Google Adsense - daftar dengan google adsense, bila dah approve, ambil kod dan letak kat blog. Setiak klik pada iklan akan jana pendapatan untuk anda - lagi banyak klik lagi banyak le. Tapi tak senang google nak approve untuk akaun baru. Bayaran USD. Letak dalam blog bahasa melayu pun boleh tapi pendapatan rendah berbanding dengan blog bahasa English.


Buat duit dengan H12 Media - yang ni boleh di katakan alternatif kepada google adsense. Kalau susah nak dapat akaun adsense atau pun sambil-sambil tunggu akaun adsense approve, apa kata cuba H12 media nih. Daftar dalam masa 1 hari boleh lulus ( senang banyak dari adsense ). Create iklan dan letak  kod kat blog. User tak klik pun takpe, ada juga incomenya ( kalau user klik lagi bagus la ). Iklan yang keluar kadang-kadang seksi skit. Bayaran USD jugak. Daftar percuma je tiada paksaan.


Buat duit dengan 8share - yang ni kena rajin skit sebab selain letak iklan kat blog, boleh jugak iklan kat facebook - wall, page dan group. Register 8share secara percuma, pilih iklan yang sesuai dan postkan link yang di berikan kat blog dan juga facebook. Kat facebook lagi senang. Join group-group yang ramai orang dan tulis ayat power korang lepas tuh letakkan link dari 8 share.


Buat duit dengan Nuffnang - yang ni rasanya paling ramai guna le kot tapi tak ramai yang dapat hasil memuaskan. Daftar nuffnang percuma jer, terus boleh ambik kod iklan letak kat blog. Kalau korang ramai follower, nuffnag suka dan boleh bagi korang iklan special untuk buat review/advertorial. Kalau dapat iklan cam ni baru masyuk, kalau iklan banner kat blog jer, masuk gak tapi sikit.


Bolehkah beli Mercedez Benz cam Ebby Yus kalau join iklan-iklan2 nih? Saya rasa susah. Iklan-iklan boleh bagi income sikit jer - jangan harap banyak dapat dari iklan macam nih. Kalau dapat job review produk/servis lagi banyak. Jadi nasihat dan kepada saya dan korang, cuba dapatkan trafik dulu ke blog sebantak mungkin, lepas tuh senang le nak buat duit online.



0 Komentar untuk "Buat duit online boleh guna Mercedez Benz ke?"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info