LHDN arah potong gaji

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengeluarkan arahan potongan gaji (Arahan CP38) kepada para majikan bermula 16 Jun ini untuk pembayar cukai yang memperoleh pendapatan daripada sumber penggajian dan masih mempunyai tunggakan cukai.

LHDN berkata, arahan CP38 itu mengkehendaki para majikan membuat potongan tambahan secara ansuran bulanan terhadap gaji pembayar cukai selain daripada potongan cukai bulanan bertujuan melunaskan tunggakan cukai yang masih ada.

Katanya, Arahan CP38 akan berkuat kuasa mulai gaji Julai 2014 sehingga Disember 2014.

"Satu salinan Arahan CP38 turut akan diserahkan kepada pembayar cukai melalui emel atau perkhidmatan pos untuk rekod percukaian mereka," kata LHDN dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengikut rekod LHDN, sehingga 24 Mei lalu, dianggarkan 156,158 orang pembayar cukai individu akan menerima Arahan CP38 berkenaan melibatkan amaun tunggakan cukai berjumlah hampir RM418 juta.

Pembayar cukai yang menerima Arahan CP38 dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Panggilan LHDN di talian 1800885436 atau cawangan LHDN yang mengendalikan fail cukai mereka jika memerlukan sebarang penjelasan berkaitan arahan ini. Maklumat lanjut sila layari www.hasil.gov.my.



0 Komentar untuk "LHDN arah potong gaji"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info