PENAWAR PENYAKTI LELAH DAN SEMPUT

Petua hari ini penawar penyakit lelah dan semput. Kelmarin aku kongsikan petua untuk penawar penyakit sesak nafas. Agak keliru sedikit dengan nama penyakit2 ini. Sesak nafas + semput + lelah. Ada sedikit perbezaan sebutan namun penyakitnya lebih kurang sama. Tetapi semput + lelah dikatakan lebih bahaya dari sesak nafas.

Tanda2 diserang penyakit lelah dan semput
  • Gangguan pada saluran pernafasan yang amat ketara
  • Pernafasan mejadi sesak berulang kali
  • Diikuti oula oleh batuk dan bernafas termengah2
  • Dada pesakit akan merasa sebak atau sempit
  • Serangan yang lebih teruk membuatkan pesakit batuk2 hingga membawa kepada muntah2

Tanda2 awalnya
  • Selepas beberapa hari ditimpa penyakit ini, pesakit mula mengalami sesak nafas yang berulang2
  • Pernafasan mengeluarkan suara bunyi yang halus 
  • Keadaan sedemikian boleh berlaku selama beberapa hari dan mungkin berbulan2
  • Kemungkinan mendapat penyakit ini tidak dapat dielakkan

Sebab2 utama penyakit lelah + semput
  • Alergi seperti keadaan seseorang itu yang sensitif kepada sesuatu bahan tertentu seperti habuk + bahan2 pencemaran didalam udara yang disedutkan. Sensitif kepada kekabu + bulu ayam + habuk + bulu kucing + air batu + udara sejuk dan lain2. Ada yang sensitif atau alah kepada air krim + beberapa jenis ikan + udang dan ubat.
  • Ubat2 seperti Aspirin boleh menyebabkan penyakit ini
  • Senaman yang berat boleh memburukkan keadaan penyakit

Penawar untuk penyakit ini

Pokok ekor Kucing - kredit google

  • Petua pertama - Perah susu kambing asli atau dalam botol juga pun boleh dan minumlah secara mentah2 setiap pagi selepas makan atau belum pun boleh. InsyaAllah.. penyakit lelah akan beransur hilang.
  • Petua kedua - Ambil beberapa helai daun atau tangkai bunga kecubung dan lembutkan dengan menggosok2 daun dengan tapak tangan dengan perlahan hingga betul2 lembut. Jemur daun tersebut hingga kering dan dibuat sebagai rokok. Amalkan 2 kali seminggu dengan perlahan2. InsyaAllah.. khasiat bunga kecubung dapat memulihkan penyakit ini
  • Petua ketiga - Ambil daun pokok ekor kucing + sedikit kapur sirih = digumpal atau di gosok2 hingga keluar buih. Ambil buihnya dan dilumurkan atau ditampal di bahagian bawah tekak (dekat halkum). Biarkan kering untuk beberapa jam. Amalkan 3 kali seminggu atau ikut kesenangan diri. 
Nota
Sebenarnya ada banyak petua yang boleh memulihkan penyakit lelah + semput namun petua ini sahaja yang benar2 sesuai digunakan dalam Islam. Mudah2an dengan cara ini dapat membantu. Setiap amalan dan perbuatan haruslah dimulakan dengan Bismillah + selawat shifa + Surah Al Fatihah. Niatkan dan yakin agar herba2 ini dapat memulihkan penyakit dgn izin-Nya... 


0 Komentar untuk "PENAWAR PENYAKTI LELAH DAN SEMPUT"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info