Tema Hari Merdeka 2014

Tema Hari Merdeka 2014. "Di sini Lahirnya Sebuah Cinta" inilah teman hari merdeka 2014. Lain macam sikit tema tahun merdeka tahun ni. Seperti menyeru rakyat Malaysia mencintai negara Malaysia seadanya. Nampak kibaran jalur gemilang masih kurang kat bangunan-bangunan besar di Malaysia khususnya Kuala Lumpur. Kerja CSR ni kena buat jugak selain daripada buat bisnes mencari keuntungan. 


Budak-budak sekolah nak minta bendera nak bawak kat sekolah. Tahukah anda, bendera kecik yang budak-budak suka kibar tuh, saya pernah beli dengan harga rm1 jer. Bendera Malaysia yang panjang 2 jengkal tuh, murah ker kan. Saya beli kat kedai runcit kecik-kecik kat Shah Alam. Lebih tepat lagi kedai ekonomi seksyen 18 Shah Alam sederet dengan Klinik Mediviron Shah Alam.


tema merdeka 2014
Tema Hari Merdeka 2014



Duit Sempena Merdeka 2014


Selain daripada gantung bendera, ada juga yang buat peraduan macam buat video pendek tentang hari Merdeka. Untuk tahun ni 2014, hadiah agak lumayan jugak untuk peraduan video pendek merdeka 2014 ni. Bagi yang kreatif buat video tuh, boleh le join, asah bakat korang tuh dalam buat video merdeka 3 minit jer.


Jalur gemilang yang lekat dekat kereta tu senang pulak tercabut. Tahun nih 2014, saya ingat nak letak  jalur gemilang kat side mirror, mana boleh dapat saiz  macam nih ya.


Biar semangat sikit tahun 2014 ni sempena teman hari merdeka 2014 ni - Di sini Lahirnya Sebuah Cinta.



0 Komentar untuk "Tema Hari Merdeka 2014"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info