ini selepas mengatasi lawan masing-masing secara agregat pada
perlawanan separuh akhir kedua, semalam.
Kelantan layak ke perlawanan akhir dengan agregat 6-2 selepas
seri 1-1 dengan Selangor di Kota Bharu manakala Terengganu mara
dengan agregat 5-2, setelah mengalahkan Pahang 2-0 di Kuantan.
Venue perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dan
Terengganu yang akan berlangsung pada 11 Jun depan hanya akan
diketahui selewat-lewatnya minggu ini, kata Setiausaha Agung
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad.
Beliau berkata, pemilihan venue untuk perlawanan akhir itu akan
diputuskan dalam mesyuarat majlis jawatankuasa FAM dalam waktu
terdekat.
"Ia masih dalam perbincangan. Kita pasti akan tentukan perlawanan
akhir Piala FA pada Jumaat ataupun selewatnya dalam minggu ini,"
katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ditanya sama ada pemilihan venue akan melibatkan di Kelantan
ataupun Terengganu, beliau berkata perkara tersebut tidak akan
berlaku memandangkan kapasiti kedua-dua stadium tersebut tidak
mampu menampung jumlah penonton pada perlawanan akhir.
Perlawanan itu dijangka berlangsung di Stadium Shah Alam yang
berkapasiti 80,000 tempat duduk ketika Stadium Nasional di Bukit
Jalil masih dalam proses penyelenggaraan.
Sekiranya FAM berhasrat untuk menggunakan Stadium Nasional
sebagai venue akhir perlawanan tersebut, badan itu perlu mencari
RM500,000 untuk menanggung kos penangguhan pembaikan trek di
stadium itu.
0 Komentar untuk "Kisah perlawanan akhir Piala FA"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...