![]() Tahniah kepada Kumpulan SEPAH kerana telah berjaya menjadi Juara Maharaja Lawak 2011. Kumpulan SEPAH berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan juga sebuah trofi sumbangan Astro. Lawak yang dibuat oleh 3 orang ahli kumpulan SEPAH iaitu iaitu Jep, Mamat dan Shuib memang kelakar betul. Dan akhirnya dapat jugak Shuib jumpa dengan Dafi. Haha.. Jutaan tahniah kepada Kumpulan SEPAH! Memang betul apa yang orang cakap. Kumpulan SEPAH ni aku tengok macam bayangan Bujang Lapok (P.Ramlee, Sudin dan Aziz Satar). Jep jadi P.Ramlee, Mamat jadi Sudin, Shuib jadi Aziz. Kalau kita tengok 3 orang ahli kumpulan SEPAH tu pon nampak macam Bujang Lapok. Jep dengan tubuhnya yang gempal macam P.Ramlee. Tubuh Mamat pulak tinggi lampai dan kurus macam Sudin. Si Shuib rendah dan kecil molek macam pelakon Aziz Satar. Bujang Lapok generasi baru diorang ni. Naib Juara Maharaja Lawak 2011 disandang oleh JOZAN, gabungan nama 2 orang lelaki stylo iaitu Johan dan Zizan. Lawak diorang pon boleh tahan jugak kelakar dia. Paling lawak masa aksi berlari macam dalam video klip Hafiz AF. "Begitulah awan nano nano nano nano nano? nano nano nano nano nano nanaoooo.." Hahaha.. Watak Mail Lambung yang dibawa oleh Zizan dan watak Acai oleh Johan memang sangat-sangat berkesan sampai ramai peminat yang terbawa-bawa watak tu dalam hidup diorang. JOZAN membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM250,000 dan juga trofi. Tahniah kepada JOZAN! ![]() Tempat ketiga dalam pertandingan Maharaja Lawak dimenangi oleh Nabil yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM150,000 dan juga trofi. Lawak Nabil bagi aku kurang menyengat. Tapi dia best bro! Walaupun sekadar mendapat tempat ketiga, namun begitu nyanyian dia bersama lalat-lalat memang best bro. Tahniah kepada Nabil dan lalat-lalatnya! Best bro.. Kumpulan JAMBU! Sekadar mendapat tempat keempat, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi kemenangan. Sedikit kecewa dengan kumpulan JAMBU sebab lawak diorang makin lama makin 'berseni' sangat. Peserta-peserta lain buat persembahan ada jalan cerita masing-masing. Tapi jalan cerita dalam lawak kumpulan JAMBU ni sedikit terabur sampai kadang-kadang aku tak paham langsung apa yang diorang buat atas pentas. Nasib baik ada Zila Bakarin. "Sabuuunnn di bilik mandiiiii".. Haha.. Tahniah juga buat kumpulan JAMBU! Tahniah kepada semua pemenang Maharaja Lawak 2011. Korang memang CHAMPION! Tak dapat kubayangkan kalau Amir dapat masuk final dan jadi salah seorang daripada pemenang. I'm sorry Amir. Huhu.. |
Related Post
Pengumuman Pernikahan Adila Di Propaganza Sebelum ini, penyanyi yang kini sibuk menjadi pelakon, Nas AdilaMd Dan atau Adila AF7 pernah kecoh dengan cerita pertu…
Power Rangers Wanita Jadi Pemberita Cuaca Di Taiwan Pemberita Cuaca Taiwan Versi Power Rangers. Dengan alasan meniru cara penyampaian Pemberita Cuaca di Jepun da…
Rahmat Che Hashim Terpilih Berlatih Dengan Barcelona KUALA LUMPUR – Pemain kelahiran Pengkalan Chepa, Kelantan, Rahmat Che Hashim terpilih menyertai tiga…
Ebby Yus Enggan Tegur Sikap Biadap Pelawak Muda Ebby Yus KUALA LUMPUR: Pelawak Ebby Yus mengambil pendekatan untuk tidak menegur sikap biadap segelin…
Kilafairy Buka Butik ‘Rack’ Kilafairy menunjukkan koleksi pakaian di butiknya. SUBANG JAYA: Pelakon dan penyany…
Subscribe
Terbaru
Love Them
Cara Mudah UTC Dapat Sale Secara Online
Konsultan unit trust / unit trust consultant. Ramai yang menjadi konsultan unit trust di...Teknik Perniagaan Internet Yang Berjaya
Panduan buat bisnes online. Sekarang ni ramai yang nak buat bisnes online, sama ada ada produk...Teknik Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung
Bisnes baju kurung. Baju kurung, ya baju kurung mesti korang tahukan. Ramai peniaga pakaian yang...Teknik Menjawab Soalan Temuduga SPA / Penguasa kastam
Setelah buat resume yang terbaru, setelah lulus peperiksaan online spa contohnya...Salah satu cara buat duit online
Pendapatan online ikut blog. Terdapat bermacam-macam pendapatan daripada blog. Korang boleh dapat...
0 Komentar untuk "Juara Maharaja Lawak, SEPAH si Bujang Lapok"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...