Review hartanah | Make friend with BANKERS

Bercakap tentang tipshartanah, ianya sememangnya menjadi salah satu senjata
sulit aku di dalam memastikan loan aku diluluskan kerana treatment yang
korang dapat sebagai kawan kepada banker sebenarnya adalah jauh lebih baik
dari menjadi customer diorang.

Sekiranya korang berkawan dengan mereka ni, setiap tips dan cara bank
menilai satu-satu pinjaman akan diceritakan oleh banker ini tanpa
selindung-selindung dan tidak seperti kalau korang diibaratkan sebagai
customer, 'benda-benda' internal ni, pengetahuannya takkan sampai kepada
korang sebenarnya. Lagi satu, kalau korang berkawan dengan banker ni,
diorang (banker) tak lokek nak menghulurkan bantuan dan seboleh-bolehnya
mereka akan cuba juga untuk memastikan loan korang tu diluluskan (based on
my true experience) sebab nak jaga persahabatan mereka tu.

Atas sebab inilah, cuba untuk mendekati awek-awek atau pakwe2 yang kat
dalam LRT yang ber'name tag'kan logo bank. So, buat korang yang naik LRT
atau pengangkutan awam yang lain untuk pergi kerja, cuba-cubalah meng'usha'
awek-awek atau pakwe2 yang pakai tanda nama berlogokan bank untuk kemudahan
di masa depan.. hehehe.


0 Komentar untuk "Review hartanah | Make friend with BANKERS"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info