Bersih 2.0 | Kat stadium, tapi tak tahu stadium mana


Himpunan bersih Perhimpunan Bersih 2.0 Setuju Untuk Berhimpun Di Stadium!
 
 
Lega rasanya membaca berita mengenai BERSIH 2.0 setuju berdemo di stadium.Cadangan ini pernah saya utarakan pada entri-entri yang lepas.Tak salah nak berdemo pun tetapi janganlah menggunakan jalan raya untuk berdemo.Itu sudah mengganggu ketenteraman dan keselesaan awam.
 
Sedikit petikan daripada MalaysiaKini.
Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.
Dan ini pulak sedikit pesanan Yang di-Pertuan Agong:
Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.
Kan elok macam itu.Bukan susah pun nak kekalkan keamanan negara kita semua boleh bersikap toleransi.Berhimpun di Stadium adalah lebih bagus dan kelihatan lebih bertamadun daripada berhimpun di jalan raya.
 
Tak kitalah apa kepercayaan korang,tak kiralah apa perjuangan korang,tak kira parti mana yang korang fanatik,berfikirlah dalam-dalam sebelum membuat sesuatu.Jangan gadaikan keamanan negara semata-mata kita tidak bersependapat,kita tak sehaluan.



0 Komentar untuk "Bersih 2.0 | Kat stadium, tapi tak tahu stadium mana"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info