Nabil Raja Lawak Dan Nazirah Ayub Bakal Bernikah September Ini

Kata orang kalau dah sampai serunya, pasti akan berkahwin jugak. Tahniah saya ucapkan kepada Nabil Raja Lawak (28 tahun) yang akan melangsungkan perkahwinannya dengan Nazirah Ayub (23 tahun). Bakal isteri Nabil adalah seorang bekas pramugari Air Asia. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan.
 
nabil raja lawak nazirah ayub
 
Nabil dan Nazirah sudah berkenalan selama 6 tahun. Dan Nabil mahu segera bergelar suami kerana takut pisang berbuah dua kali:-
Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan. Saya mengenai Zira sudah enam tahun, dia rapat dengan adik ipar saya. Tapi kami hanya kenal saja, tak rapat dan bercakap jauh sekali. Bagaimanapun, hubungan kami menjadi semakin akrab sejak awal tahun ini. Saya melihat kelebihan pada Zira yang tidak ditemui pada gadis lain. Saya suka sikapnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan ikhlas. Keistimewaan Zira itulah membuatkan hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri.
Tahniah kepada Nabil atas berita gembira ini. Semoga dengan pernikahan ini, rezeki Nabil akan bertambah-tambah.



Related Post

  • Datin sepak kemaluan penyamunDua penyamun bersenjatakan pistol yang menceroboh masuk sebuah rumah mewah di Bandar Sri Damansara, di sini, hanya sempa…
  • Aksi karaoke paling bahayaLondon: Pelawak yang juga pelakon lagak ngeri Steve-O mencipta nama melalui kecederaan dan kesakitan dialami akibat aks…
  • 'Jual tapak bazar Ramadan RM60,000'Ada persatuan peniaga yang memperoleh tapak niaga di bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, menjual kep…
  • RM386,000 dalam stokinSan Ysidro: Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa kastam kerana menyorokkan wang AS$128,547 (RM385,641) di dalam stok…
  • 300 ikan pari terdampar di pantaiURSULO GALVAN - Pihak berkuasa Mexico sedang menyiasat kematian sekurang-kurangnya 300 ekor ikan pari yang ditemui terd…
0 Komentar untuk "Nabil Raja Lawak Dan Nazirah Ayub Bakal Bernikah September Ini"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info