Sempat lagi ni - Resipi Biskut Almond London

 

Sekarang ini sudah melangkah ke 10 hari terakhir Ramadhan.Ini juga bermaknanya Ramadhan akan meninggalkan kita dan hari raya bakal menjelang.
Tidak lengkap rasanya hari raya jika tiadanya kuih raya dan antara yang menjadi kesukaan ramai adalah Biskut Almond London.Best ke biskut Almond London ni??
Baiklah,saya ingin kongsikan resepi ringkas untuk membuat Biskut Almond London bagi mereka yang berminat.Jangan lupa untuk mencuba k. =)

Bahan-bahan

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (Dibakar/digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • 700 gm coklat

Cara-cara

  • Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  • Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  • Masukkan serbuk badam, kacau
  • Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  • Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  • Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  • Bakar pada suhu 200′c.d selama 20 minit
  • Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  • Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak.Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  • Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.



Related Post

  • Denda nikah tanpa izinKuala Lumpur: Seorang lelaki didenda RM600 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, selepas mengaku salah bernikah tanpa ke…
  • FAM tak pernah abaikan Nazmi’Brisbane: "Mustahil Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mengabaikan Nazmi Faiz Mansor selepas mengeluarkan perbelanjaan …
  • Ahmadinejad berhasrat jadi angkasawan pertama IranDUBAI 5 Feb. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam menyuarakan hasratnya untuk menjadi angkasawan pertama negara …
  • Salah bedah paru-paruLondon: Satu siasatan dilancarkan semalam selepas pakar bedah di sebuah hospital yang dikecam mengalihkan bahagian salah…
  • strategi benam QatarDoha: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal sudah mendapat ilham untuk menerapkan strategi terbaik bagi be…
0 Komentar untuk "Sempat lagi ni - Resipi Biskut Almond London"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info