Kemalangan Kilometer 258.3 Lebuhraya Plus utara Selatan

 
 
 
 
Kemalangan di Kilometer 258.3 Lebuhraya Plus utara Selatan petang tadi sekitar jam 4 petang sewaktu aku seisi keluarga dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Betul betul berlaku depan mata aku dan apa yang aku nak sampaikan disini kepada semua pembaca apabila anda sedang memandu kenderaan di Lebuhraya adalah dinasihatkan agar jangan mengikuti terlalu rapat kenderaan dihadapan anda.


Punca kemalangan kenderaan Myvi yang dinaiki 4 lelaki berbangsa India ini adalah disebabkan mengikuti kenderaan didepannya terlalu rapat sehinggakan apabila kenderaan dihadapan membrek maka myvi yang dipandu tidak dapat dikawal lalu melanggar belakang kenderaan dan seterusnya melanggar pembahagi jalan.

Di Lebuhraya kadar kelajuan yang kita pandu biasanya adalah 80km sejam dan ini merupakan satu hal yang perlu diberikan perhatian kepada para pemandu yang lain.

Apa pun aku yakin kesemua yang ada dalam kenderaan Myvi tersebut selamat dan hanya luka kecil melainkan pemandunya sahaja yang mengalami kecederaan dibahagian Pinggang. 

Aku sempat turun membantu mengeluarkan mangsa tadi dan turut sama dengan aku adalah pemandu Van berbangsa Cina. Apa yang aku lihat hari ini kita semua sama sahaja baik Melayu, Cina , India harus saling bantu membantu antara satu sama lain.
Berhati Hati dijalanraya.......



Related Post

  • Roket milik bilionair berlepas ke angkasa lepasRoket Falcon 9 yang tidak mempunyai juruterbang dan membawa sebuah satelit komersial berlepas ke angkasa lepas kelmarin.…
  • WhatsApp terus unggulPersaingan aplikasi utusan atau messenger untuk telefon pintar kini kian meningkat. Malah BlackBerry juga melancarkan ap…
  • Kasut besiSeorang warga China, Zhang Fuxing mencipta dan menjual kasut besi yang mempunyai berat lebih 200 kilogram (kg). Menurutn…
  • Contest SEO Eridy Siapa di sini suka join contest SEO? Mari kita join Contest SEO Eridy. Hadiah pun gempak juga. Pemenang akan…
  • Detik cemas pelatih komando hilangKreativiti dan pengalaman mampu mengubah keadaan malah menyelamatkan nyawa.Inilah yang berlaku ke atas dua jurulatih dan…
0 Komentar untuk "Kemalangan Kilometer 258.3 Lebuhraya Plus utara Selatan"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info