KUALA LUMPUR –Proton Holdings Berhad (Proton) dijangka melancarkan model kereta jenis sedan terbaru yang diberi nama 'Proton Espire' pada awal tahun depan.Sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, mynewshub.my mendapat maklumat dari Ketua Eksekutif Proton, Datuk Syed Zainal Syed Mohammad Tahir, yang menyatakan bahawa pihaknya akan melancarkan sebuah model baru pada Februari 2012.
Meskipun beliau enggan memberikan sebarang gambaran langsung mengenai model tersebut, kami menjangkakan bahawa Espire adalah model yang dimaksudkan itu.
Dengan rekabentuk sedan yang lebih aerodinamik, model percubaan Proton Espire sudah kelihatan di jalan raya bagi tujuan pandu uji dan menurut sumber, ia bakal menggantikan model Proton Persona yang dilancarkan pada 15 Ogos 2007.
Sebelum ini, prototaip bagi model konsep Proton Tuah pernah dipertontonkan oleh Proton di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) yang berlangsung pada Disember, tahun lalu.Meskipun model konsep Proton Tuah yang dipamerkan tersebut diperbuat dari tanah liat, Proton turut menyertakan beberapa spesifikasi model itu kepada orang ramai.Espire dipercayai diilhamkan daripada Proton Tuah.
Antara spesifikasi yang menarik adalah lampu belakang LED yang kelihatan lebih 'sporty' dan cermin bumbung fotokromatik yang mampu menggelapkan cermin kenderaan pada suhu-suhu tertentu.Bagaimanapun, Proton belum lagi membuat kenyataan rasmi berkenaan spesifikasi sebenar yang akan disertakan pada Proton Espire dan bila ia akan dilancarkan.
Related Post
Wanita Singapura kelima paling tak setia di duniaSINGAPURA: Kaji selidik Durex baru-baru ini menyenaraikan wanita Singapura yang kelima paling tidak setia di dunia. Pun…
Aneh...Buah Nangka Berwajah Manusia Buah ini seperti buah nangka pada umumnya tapi jika kita lihat lebih teliti makan akan terlihat dengan …
Membetulkan persepsi konsep sekolah asrama SEORANG pakar akademik pendidikan, John Beamish daripada Linden Boarding Schools menyarankan agar konsep sekolah beras…
20 Tahun Mencari Abang, Akhirnya Bertemu di Penjara Seorang perempuan asal Inggris Menghabiskan 20 tahun mencari abang kandungnya yang telah lama terpisah. Mereka pun berte…
Bekas raja pecut, isteri terima ijazah UUMSINTOK - Bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad berkongsi kegembiraan dengan isterinya, Suhana Abdul Mutalib …
Subscribe
Terbaru
Love Them
Cara Mudah UTC Dapat Sale Secara Online
Konsultan unit trust / unit trust consultant. Ramai yang menjadi konsultan unit trust di...Teknik Perniagaan Internet Yang Berjaya
Panduan buat bisnes online. Sekarang ni ramai yang nak buat bisnes online, sama ada ada produk...Teknik Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung
Bisnes baju kurung. Baju kurung, ya baju kurung mesti korang tahukan. Ramai peniaga pakaian yang...Teknik Menjawab Soalan Temuduga SPA / Penguasa kastam
Setelah buat resume yang terbaru, setelah lulus peperiksaan online spa contohnya...Salah satu cara buat duit online
Pendapatan online ikut blog. Terdapat bermacam-macam pendapatan daripada blog. Korang boleh dapat...
0 Komentar untuk "Kereta Baru Proton - Proton Espire"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...