Panas!! Ong Kim Swee Kata "Cukup Mengecewakan"!!

 

FOKUS dan tenang itu perwatakan jurulatih skuad bawah 23 kebangsaan, Ong Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan sepanjang kempen mempertahankan emas bola sepak Sukan SEA di Jakarta.

Namun selepas perlawanan separuh akhir bertemu Myanmar kelmarin, Kim Swee tampak sedikit terganggu dan kecewa walaupun anak buahnya menang 1-0 dan menempah tempat ke final bertemu tuan rumah, hari ini.

"Mengecewakan!" kata Kim Swee berkenaan hukuman dikenakan jawatankuasa pertandingan yang melarangnya masuk ke padang walaupun perlawanan sudah berakhir.

"Mereka sudah menghukum saya untuk hanya melihat dari bangku penonton, itu saya boleh terima.

"Tetapi jika selepas perlawanan pun saya tidak boleh ke padang, saya perlu tahu sebabnya. Apakah kesalahan saya terlalu berat sehingga dihukum sedemikian rupa?"

Kim Swee yang pertama kali diarahkan keluar padang sepanjang kariernya sebagai jurulatih ketika perlawanan menentang Indonesia Khamis lalu, digantung satu perlawanan kerana membantah keputusan pengadil.

"Saya hanya memberitahu penjaga garisan, terjahan ke atas Syahrul Azwari Ibrahim terlalu keras, dan tiba-tiba pengadil (Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu) datang ke arah saya dan mengarahkan saya keluar padang.

"Saya dapat menerima keputusan pengadil itu dan juga susulan penggantungan satu perlawanan yang cuba menghalang saya daripada memberi arahan terus kepada pemain, tetapi tidak boleh masuk ke padang selepas perlawanan, saya tidak faham," katanya.



Related Post

  • MyEG urus BL1MPEMBEKAL e-perkhidmatan kerajaan Malaysia, My E.G. Services Berhad (MyEG) dilantik bagi mengurus dan mentadbir perjalana…
  • Pak Nil dapat Datuk KUALA LUMPUR 1 Feb. - Pengacara dan penghibur serba boleh, Aznil Nawawi, 51, kini telah bergelar Datuk. Gelaran terse…
  • Microsoft runding beli DellNEW YORK: Microsoft sedang berunding dengan syarikat ekuiti persendirian berhubung cadangan pembelian saham gergasi komp…
  • Sharnaaz hero Ruby nak sunting Shila AmzahEnggan 'memanaskan' keadaan, Sharnaaz Ahmad, 28, berharap dapat bersemuka dengan ND Lala, 52, daripada mereka terus bert…
  • Majikan lega tak perlu bayar levi pekerja asingKuala Lumpur: Lebih 300,000 majikan tempatan yang menggunakan khidmat pekerja asing kini dapat meneruskan operasi tanpa …
0 Komentar untuk "Panas!! Ong Kim Swee Kata "Cukup Mengecewakan"!!"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info