Enam Ahli KWSP Disabit Kesalahan Menipu Pengeluaran Perumahan Dan Hilang Upaya. Di denda RM5900 Dan Boleh DiPenjara Sebulan.

Enam ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah disabit kesalahan oleh mahkamah di antara bulan Oktober dan Disember 2011 (Suku Tahun Keempat 2011) di bawah Seksyen 59, Akta KWSP 1991 kerana terlibat dalam penipuan pengeluaran.
 
Ahli terbabit telah didapati bersalah dan didenda berjumlah RM5,900 oleh mahkamah atas kesalahan melibatkan pengeluaran perumahan dan hilang upaya di mana lima daripada mereka berkemungkinan dipenjarakan sehingga satu bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
 
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Encik Nik Affendi Jaafar berkata, "KWSP ingin mengingatkan ahli  bahawa tujuan menyimpan dengan KWSP adalah untuk memastikan keperluan asas kewangan bagi persaraan ahli boleh dicapai. Sebarang cubaan untuk mengeluarkan simpanan mereka  secara tidak sah adalah bercanggah dengan tujuan utama menyimpan dengan KWSP kerana akhirnya ahli juga yang  akan rugi."



Related Post

  • Tips How to Increase Alexa Rank Tips How to Increase Alexa Rank (google) Gadgets For Blogger - Alexa ranking is an estimate of how much…
  • Farewell Wishes Wherever you go, I'll find you and make you laugh. I also have a good sense of humour but not that much to leave you…
  • Deepavali PLUSMiles Toll Rebate   For all traveller during this Deepavali festival, this is another good news for you.Reward yourself when …
  • Gambar dan Video Kemalangan Marco Simoncelli Dunia sukan berdukacita dengan kemalangan tragis yang berlaku kepada perlumba team Honda 250cc Marco Simoncelli di Mal…
  • Cerpen BAHAGIAKAH KITA?SAYANG…BAHAGIAKAH KITA?Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isteri…
0 Komentar untuk "Enam Ahli KWSP Disabit Kesalahan Menipu Pengeluaran Perumahan Dan Hilang Upaya. Di denda RM5900 Dan Boleh DiPenjara Sebulan."

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info