GAMBAR - MAYAT MANUSIA HAMPIR REPUT DI JUMPAI DIRUMAH! kAT KULIM NI

 
KULIM – Bau busuk yang mengganggu penduduk sebuah rumah pangsa di Taman Jati Blok C, di sini terjawab apabila pihak polis menemui mayat seorang lelaki hampir reput, di tingkat tiga kediaman berkenaan.
Anggota Unit MPV Balai Polis Kulim yang menerima panggilan daripada penduduk bagaimanapun terpaksa memecah pintu sebelum memasuki rumah berkenaan.
Dari siasatan yang dijalankan, mayat lelaki yang ditemui dalam keadaan terduduk di atas kerusi ruang tamu dikenali sebagai Manivannam Ganiasamy, 33.
Mangsa sudah berumah tangga dan mempunyai empat anak. Dia tinggal bersendirian kerana isterinya T Murugammah, 29, mengambil keputusan untuk tinggal bersama ibunya di Block F di kawasan sama.
Ketua Balai Polis Kulim, Cif Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, isteri mangsa kecewa dengan sikap mangsa yang sering mabuk dan tidak mahu bekerja.
Menurutnya, rumah yang didiami mangsa sekarang ini milik isterinya tetapi dilelong bank kerana kegagalan mangsa membayar wang ansuran bulanan.
"Kali terakhir isteri mangsa menghantar makanan kepada mangsa pada empat hari lalu. Namun berlaku perselisihan faham.
"Bagaimanapun isteri mangsa hanya mengetahui mengenai kejadian menimpa suaminya setelah dimaklumkan oleh jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah mangsa, " katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim bedah siasat semalam dan punca kematian masih dalam siasatan.



Related Post

  • Almera miliki gaya mewahNISSAN Almera atau Nissan Sunny di China mencatatkan jualan memberangsangkan dan dijual lebih 460,000 unit sejak dilanc…
  • Elaun naik 88 peratusIPOH - Kira-kira 20,000 pelatih peringkat sijil dan diploma di semua institusi latihan Kementerian Kesihatan akan menikm…
  • Pena Kampus: Tanggungjawab YB kampus"TERIMA kasih kerana memilih pro-Aspirasi". Begitulah antara petikan ayat yang dilontarkan ikhlas Perdana Menteri ketika…
  • Penyamun terlepas raket Chong WeiPUCHONG - Jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei kerugian hampir RM30,000 apabila syarikat pembinaan miliknya di Ban…
  • Sonata lebih garangIMEJ garang dan rekaan lebih sporty menjadi sandaran terbaru buat Hyundai Sime Darby Motors memperkenalkan varian Sonata…
0 Komentar untuk "GAMBAR - MAYAT MANUSIA HAMPIR REPUT DI JUMPAI DIRUMAH! kAT KULIM NI"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info