Yusry Tidak Kekok Berlakon Dengan Bakal Isteri

 
 
Pengarah dan pelakon, Yusry Abdul Halim tidak berasa kekok digandingkan dengan bakal isterinya, pelakon Lisa Surihani dalam filem terbaru terbitan KRU Studios,Ular.
 
Yusry berkata, di dalam filem tersebut dia memegang watak sebagai jurukamera manakala Lisa sebagai wartawan dan bukan berperanan sebagai pasangan kekasih.
 
"Soal kekok tidak timbul kerana kami tahu untuk membatasi soal profesional dan peribadi dalam kerja. Jadi saya tidak merasakan berlakon bersama akan membawa masalah," ujarnya ketika kepada mStar Online.
 
Ular arahan Jason Chong mengisahkan Myra (Lisa Surihani) seorang wartawan jenayah yang digantung kerja telah diarahkan untuk membuat liputan di sebuah pusat peranginan di sebuah pulau.
 
Myra yang ditemani jurukameranya, Remy (Yusry) tidak pernah menyangka tugasannya kali ini bukanlah satu tugasan biasa apabila percutian hebat yang dimenangi oleh 10 orang pemenang cabutan bertuah bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri.
 
Dalam pada itu, ditanya adakah dia akan mengambil peluang untuk mengenali bakal isterinya setelah dapat bekerja dan menghabiskan masa bersama-sama, Yusry berkata dia tidak perlu berbuat demikian kerana telah mengenali hati budi pasangannya itu.
 
Yusry berkata, Lisa juga telah cukup mengenalinya secara peribadi dan profesional apabila sering melawatnya di lokasi penggambaran filem Vikingdom.
 
"Rasanya kami tidak perlu menjadikan peluang berlakon bersama-sama ini sebagai peluang untuk mengenali hati budi masing-masing kerana telah pun memahami antara satu sama lain," ujarnya.
 
Sementara itu, Yusry berkata dia mengambil keputusan untuk berlakon dalam Ular bukan kerana bakal isterinya tetapi merasakan skrip dan jalan cerita filem itu yang menarik dan berbeza.
 
Tambahan pula katanya, dia tetap akan berada di lokasi penggambaran di Pulau Pangkor jika tidak berlakon dalam filem itu kerana terlibat sama bagi membantu Jason dari segi aspek visual kesan khas.
 
"Kali terakhir saya berlakon adalah filem Cicakman dan terbuka hati nak berlakon filem ini kerana jalan cerita dan skrip yang berbeza.
"Hampir seminggu juga saya memikirkan tawaran berlakon ini sebelum membuat keputusan," ujarnya.



Related Post

  • Kasut EmmetBiarpun namanya masih hijau di pasaran, jenama kasut Emmet bukan calang-calang kerana sudah disarungkan oleh banyak nama…
  • 18 calon dapat 5A dalam STPM 2012 KUALA LUMPUR - Seramai 47,884 atau 92.67 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Si…
  • Falcao kini bernilai hampir RM250jLONDON - Manchester City bakal mengatasi rekod perpindahan termahal Britain apabila sanggup berbelanja £52 juta (RM245.2…
  • Versus 2 - band2 hebat berentapVERSUS merupakan antara program realiti yang menampilkan kelainan dalam format program lain yang ada ditayangkan menerus…
  • LAHAT DATU - Jamalul arah tembak dan lariMANILA – Pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III (gambar kecil) menyatakan para pengikutnya tidak akan berundur …
0 Komentar untuk "Yusry Tidak Kekok Berlakon Dengan Bakal Isteri"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info