Notis Kadar Baru Caruman KWSP Syer Majikan


Adalah dimaklumkan kadar baru caruman syer majikan bagi pekerja-pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000.00 dan ke bawah akan berkuat kuasa mulai upah/gaji bulan Januari 2012 (caruman Februari 2012). Kadar baru caruman KWSP syer majikan ini melibatkan dua kategori pekerja seperti berikut:

  • Pekerja yang berumur kurang dari 55 tahun
    Kadar  baru caruman syer majikan  adalah 13% (kenaikan 1%); tertakluk kepada jumlah upah/gaji dalam Bahagian A, Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991

  • Pekerja yang berumur 55 tahun dan ke atas sehingga 75 tahun
    Kadar baru caruman syer majikan adalah 6.5% (kenaikan 0.5%); tertakluk kepada jumlah upah/gaji dalam Bahagian C, Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

Selaras dengan perubahan kadar caruman ini, KWSP mengeluarkan Jadual Ketiga Akta KWSP 1991 terkini untuk panduan majikan yang boleh dimuat turun dari laman ini.

Sila klik di sini untuk mendapatkan Soalan-soalan Lazim berkaitan.

Pertanyaan lanjut boleh disalurkan ke:
a.    Maklum balas online melalui Enquiry
b.    Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000
c.    Mana-mana Pejabat KWSP


Tarikh kemaskini: 27 Disember 2011



Related Post

  • AirAsia tubuh akademi badmintonPETALING JAYA - Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia milik Tan Sri Tony Fernandes, terus memainkan peranannya dala…
  • Teguhkan pegangan agama KEBIADAPAN golongan pencetus provokasi agama semakin terserlah sejak peristiwa 11 September 2001. Yang menjadi sas…
  • Etika berpakaianAPABILA Islam mengharamkan sesuatu perkara, ia juga akan mengharamkan apa sahaja yang akan membawa kepada terjadinya per…
  • Horoskop perosak akidah Tukang tilik, dukun yang membuat ramalan boleh bawa kekufuranAdakah umat Islam menyedari perbuatan menyelidi…
  • AirAsia tubuh akademi badminton PETALING JAYA - Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia milik Tan Sri Tony Fernandes, terus memainkan perananny…
0 Komentar untuk "Notis Kadar Baru Caruman KWSP Syer Majikan"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info