Nabil Terkejut Rumah Dimasuki Pencuri

 
 
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil (Raja Lawak) melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu kediaman keluarganya di Seremban, Negeri Sembilan telah di pecah masuk.
Nabil ketika ditemui berkata, kawasan perumahannya di Kampung Masjid, Mambau itu sebelum ini tidak pernah berlaku sebarang kejadian pecah masuk malah sebuah kawasan kejiranan yang cukup aman.
"Saya dulu kadang-kadang keluar rumah tak kunci pintu pun kerana tahu kawasan itu sangat selamat dan tidak bimbang akan ada orang masuk merompak.
"Jadi apabila ibu menelefon memberitahu mengenai kejadian saya cukup terkejut kerana selama tinggal di sana tidak pernah berlaku sebarang kejadian seperti itu," ujarnya kepadamStar Online.
Nabil ditemui pada majlis makan malam oleh Rafflesia The Pearl Centre bagi meraikan artis yang pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH di Hotel Le Meridien di sini pada malam Rabu.
Nabil bagaimanapun berkata, dia bersyukur ketika kejadian berlaku tiada penghuni di rumah tersebut.
Dalam kejadian pada Rabu, rumah Nabil yang sekarang didiami bapa saudaranya, Rahmat Abdul Latiff telah di pecah masuk menyebabkan kerugian kira-kira RM3,000 apabila sebuah komputer riba telah dilarikan.
Sementara itu, Nabil memberitahu keluarganya telah setahun berpindah ke Kuala Lumpur dan menetap bersamanya di Jalan Duta, dekat sini.



Related Post

  • Katak gergasiSungai Siput: Orang ramai sekitar daerah ini gempar apabila seorang ahli perniagaan mempamerkan dua ekor katak gergasi s…
  • Satu Ginjal, bayi ini hidup mewahDengan skirt tutu merah muda, pita satin di kepala dan tumpukan baju desainer ternama, sulit dipercaya jika gadis mungil…
  • Boleh ambil keputusan STAM bermula 10 pagiPUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 akan diumumkan pada 30 Januari ini. Menurut ken…
  • ‘Messi Malaysia’ mahu bersekolahRantau Panjang: Seorang remaja yang pernah digelar 'Messi Malaysia', kini tercicir dalam pelajaran selain buntu mencari …
  • Peluang hamil 5 kali ganda Saya berkahwin pada pertengahan 2010 dan kini berumur 27 tahun. Saya sudah menjalani semua ujian kesuburan termasuk ujia…
0 Komentar untuk "Nabil Terkejut Rumah Dimasuki Pencuri"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info