Najwa Latif Kini Duta Portal e-Pembelajaran

Baru-baru ini, penyanyi remaja yang semakin popular dengan lagu 'Kosong', Najwa Latif telah dipilih sebagai duta rasmi sebuah portal e-pembelajaran, uniCLIQ, khusus untuk pelajar-pelajar sekolah menengah.

Selain berkongsi rasa terujanya, Najwa juga tidak dapat menyembunyikan kebimbangan dan rasa gementar apabila dilantik sebagai Duta Rasmi portal e-pembelajaran milik syarikat uniCLIQ Sdn Bhd.

"Saya sebenarnya berasa agak takut kerana ini satu tanggungjawab dan amanah yang sangat besar. Saya akan cuba memainkan peranan saya sebagai duta yang mewakili produk ini dengan sebaik mungkin. Pada masa yang sama saya sangat teruja kerana saya dapat mengajak rakan-rakan dan adik-adik yang masih bersekolah untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran dengan cara yang lebih mudah," ujar Najwa.

Sebagai duta rasmi, Najwa telah merakamkan semula dua lagu dari albumnya untuk digunakan sebagai muzik latar di portal uniCLIQ. Selain itu, ortal itu juga menyediakan laman blog khas bagi penyanyi ini berinteraksi dengan para pengguna portal dan peminatnya.

Portal uniCLIQ ternyata satu pilihan yang bijak untuk mengulangkaji kerana sistem pembelajarannya yang 'sempoi' lagi menyeronokkan. Malah pelajar dapat mengakses uniCLIQ melalui alat tablet android mahu pun iPad atau alatan lain yang mempunyai Internet seperti komputer riba dan lain-lain lagi.

Digelar "Portal pembelajaran luar waktu sekolah", uniCLIQ dibangunkan untuk kegunaan semua pelajar dalam mempelajari dan mengulangkaji secara dalam talian. Mendapat perakuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, kandungan portal ini dibangunkan mengikut Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan Kementerian dan boleh digunakan melalui Internet bila-bila masa dan di mana sahaja di www.uniCLIQ.com.



Related Post

  • Nakoula buat dunia Islam lupa agenda besarNakoula Basseley atau dikenali Sam Bacile sepatutnya berterima kasih kepada sebahagian besar umat Islam kerana memberi p…
  • 20 siswa Twintech ke IndonesiaLAWATAN sambil belajar 20 pelajar dari Faculty of Architecture & Built Environment Twintech International University…
  • Pontianak romantikANTARA kisah pontianak yang mendapat perhatian peminat ketika ini ialah siri True Blood, yang kini sudah pun memasuki mu…
  • Ramalan sifu M. NasirKesuraman industri hiburan tempatan sejak beberapa tahun lalu tidak dianggap ancaman oleh penyanyi dan komposer bergelar…
  • 'Harimau jatuh lagi'Kuala Lumpur: Kekalahan skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal kepada Vietnam 2-0 di Stadium Shah Alam, 11 Sep…
0 Komentar untuk "Najwa Latif Kini Duta Portal e-Pembelajaran"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info