Tarikh PRU13 - Khairy Yakin PRU13 Sebelum Bajet 2013 Dibentang

 
 
Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM – Pengumuman bahawa Bajet 2013 akan dibentangkan pada 28 September ini tidak bermakna Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) – 'ibu kepada segala pilihan raya'  tidak akan diadakan sebelum tarikh itu, kata Ketua Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, disebabkan proses sesi perundingan dan keperluan-keperluan perundangan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengumumkan tarikh pembentangan Bajet 2013 lebih awal.
"Ia tidak bermakna tidak akan ada PRU lebih awal (jika Perdana Menteri memutuskan demikian)," kata beliau menjawab pengikut-pengikut akaun Twitternya malam tadi.
Beberapa jam sebelum respons Khairy itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan Bajet 2013 akan diumumkan 28 September ini. Tahun lalu, Bajet 2012 dibentangkan minggu pertama Oktober.
Lazimnya ucapan belanjawan akan dibentangkan di Parlimen pada September atau Oktober setiap tahun.
Najib, yang juga Pengerusi BN, membuat pengumuman itu ketika ramai meramalkan – spekulasi terbaru – bahawa PRU13 akan diadakan September, selepas sambutan Aidilfitri.
Sebelum ini ada spekulasi bahawa PRU13 akan diadakan awal Julai ini dengan kemungkinan Parlimen dibubarkan dalam tempoh dua minggu akan datang.
Kerajaan Pusat masih ada mandat sehingga akhir April 2013.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, secara peribadi beliau tidak melihat Bajet 2013 akan dibentangkan sebelum PRU13.
"(Saya lihat) 70-30, pilihan raya sebelum bajet (dibentangkan)," kata wakil rakyat penggal pertama ini.


Related Post

  • 'Asra tuduh Shukor'Insiden pergaduhan pemain Selangor dan Tentera sejurus berakhir aksi pusingan pertama Piala FA Jumaat lalu. (Gambar ihsa…
  • Enjin kacukan Evo IIISEKALI imbas, mungkin tiada apa keistimewaan kenderaan ini kecuali selepas membuka bonetnya yang tampak padat apabila 'd…
  • PBNJ boleh didenda RM2,000Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berdepan hukuman denda RM2,000 serta surat amaran daripada Persat…
  • Transformasi Park Bom Mengejutkan Para Peminatnya  Pada 23 Januari, Park Bom menghadiri pemutaran VIP sebuah film berjudul 'The Berlin File' dengan anggota 2NE1 yan…
  • Ibu bapa kebulur makan anakLondn: Ibu bapa di Korea Utara didakwa memakan anak mereka bagi mengelak kebuluran, dakwa saksi semalam.Baru-baru in…
0 Komentar untuk "Tarikh PRU13 - Khairy Yakin PRU13 Sebelum Bajet 2013 Dibentang"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info